Adakah anda patut menggunakan macOS Sierra Public Beta 2 sekarang?

Okay, ramai pengguna Mac tanya patutkah mereka cuba macOS Sierra Public Beta 2 sekarang? Sebab dah tak sabar nak menggunakan sistem operasi terbaru Apple untuk Mac mereka. macOS Sierra 10.12 merupakan sistem terbaru Mac yang diperkenalkan Apple pada bulan Jun di WWDC 2016 lepas  . Tarikh rasmi macOS Sierra boleh mula dimuat turun tidak pula dinyatakan secara tepat oleh Apple. Menurut Apple, macOS tersebut akan mula boleh digunakan oleh semua pengguna Mac bermula pada musim luruh nanti iaitu antara bulan September hingga November.

Buat masa ini hanya macOS Sierra versi Developer 3 dan Public Beta 2 sahaja yang ada. Jika dah tak sabar nak merasa macOS Sierra di Mac, anda bolehlah mendaftar dan muat turun macOS tersebut. Cumanya terdapat 2 persoalan utama berkaitan macOS Sierra Public Beta 2 ini iaitu adakah ia stabil atau pun tidak dan adakah ia menyokong penuh perisian-perisian pihak ketiga (3rd party software) yang biasa digunakan? Jadi di sini ariffmac akan cuba menjawab 2 persoalan utama tersebut.

macmini1
ariffmac menguji macos Sierra Public Beta di Mac mini.
  • macOS Sierra Public Beta 2 stabil atau tidak?

Selepas ariffmac menggunakan macOS terbaru ini selama hampir 3 minggu, ariffmac boleh katakan yang macOS Sierra Public Beta 2 ini adalah stabil.  Belum terjadi lagi sehingga saat ini berlaku perkara-perkara yang tak diingini seperti sistem “freeze” (tergantung) dan aplikasi-aplikasi sedia ada (built in software) bersama Mac keluar/nyah aktif (quit unexpectedly) secara tiba-tiba tidak berlaku. Malah sisten operasi Mac terbaru ini berfungsi seperti sediakala, lancar dan pantas walaupun ariffmac membuka pelbagai perisian sekaligus.

  • Bagaimana dengan aplikasi-aplikasi 3rd party yang lain?

Untuk aplikasi-aplikasi yang anda biasa gunakan seperti Microsoft Office 2011, pelayar web Google Chrome, FireFox & Opera, Final Cut Pro X, Parallel Desktop 11, VLC dan lain-lain boleh digunakan seperti biasa. Proses Save kerja-kerja harian anda menggunakan perisian-perisian tersebut serta eksport fail tidak mengalami sebarang masalah. Setakat yang ariffmac cubalah.

adobe cc
Jangan guna Save for web… di Adobe Photoshop CC 2014

Tapi terdapat masalah pada beberapa perisian seperti Adobe dan Carbon Copy Cloner. Perisian suntingan video Premiere Pro CC 2014 tidak boleh dibuka. Asyik Quit Unexpectedly je. Manakala Photoshop CC 2014 pula, anda boleh menggunakan perisian tersebut dengan lancar tetapi anda tidak boleh menggunakan ciri Save for web…. Photoshop akan keluar tiba-tiba. Tapi jika anda hanya simpan kerja anda seperti biasa (Save as… atau pun Save) tidak ada sebarang masalah. Untuk aplikasi back up, Carbon Copy Cloner 4 masih belum menyokong penuh lagi macOS sierra.

ccc warning
Maksudnya boleh diguna tapi belum cukup stabil (not recommended).

Aplikasi yang confirm memang tidak boleh diguna langsung setakat ini yang sudah ariffmac cuba bersama macOS sierra Public Beta 2 adalah aplikasi Wondershare Data Recovery.

wondershare

Kesimpulan

Setakat ini, itu sahaja masalah yang ariffmac jumpa. Selebihnya macOS Sierra Public Beta 2 berfungsi dengan baik sekali. Jika anda menemui sebarang error yang lain boleh lah kongsikan bersama. Jika anda ingin mencuba macOS terbaru ini, ada baiknya (wajib) anda membuat back up terlebih dahulu. ariffmac juga akan kongsikan pula ciri-ciri menarik yang terdapat dalam macOS Sierra nanti 😀

p/s: Setiap permasalahan yang timbul mungkin berbeza mengikut jenis Mac yang anda gunakan. Tidak semestinya masalah yang ariffmac hadapi akan berlaku pada Mac anda. begitu juga sebaliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here