Pengguna iPhone 6 dan 7 akan menerima ganti rugi berjumlah USD25.00 bagi setiap peranti terjejas.

Hakim persekutuan A.S telah meluluskan penyelesaian saman berjumlah USD500 juta terhadap Apple Inc. berkaitan isu memperlahankan prestasi iPhone model terdahulu.

Penyelesaian tersebut yang dicapai pada lewat Februari lalu mungkin akan membolehkan para pemilik iphone terjejas iaitu model iPhone 6 dan 7 akan menerima bayaran sebanyak USD25.00.

Walaubagaimanapun, jumlah itu bergantung juga kepada berapa banyak tuntutan yang dibuat pengguna.

Malah pemilik iPhone 6 dan 7 yang terjejas pula diperincikan kepada pemilik yang melakukan kemas kini ke atas peranti mereka sahaja.

It’s a very, very narrow group. The number of devices does not correlate with the number of people.” Christopher Chorba, peguam bela bagi pihak Apple Inc.

Penyelesaian itu dicapai selepas hampir 2 tahun isu ini dibawa ke mahkamah.

The settlement was reached after extensive litigation. This was a very active, hotly contested case. Virtually everything was contested.” Mark Molumphy, peguam pendakwaan kes.

Pada lewat tahun 2017 dahulu, Apple berdepan kritikan daripada para pengguna diseluruh dunia setelah didapati dengan sengaja memperlahankan prestasi model iPhone terdahulu.

Isu yang dikenali sebagai ‘throttling’ itu didakwa berlaku apabila pengguna iPhone model terdahulu menaik taraf sistem iOS peranti kepada versi terbaru.

Berikutan itu, Apple telah menurunkan harga bateri iPhone pada sepanjang tahun 2018 lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here