Gaji pekerja Apple

Kekurangan pembekal skru khas mungkin menjadi penghalang utama produk-produk Apple dari dipasang di Amerika.

Sebelum ini dalam kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016 dulu, Donald Trump (sebelum beliau menjadi Presiden Amerika) telah berjanji bahawa beliau akan mengembalikan pemasangan komputer keluaran Apple bakal dipasang semula di dalam tanah air Amerika.

Sebenarnya sebelum itu lagi iaitu pada tahun 2012, pihak Apple Inc. telah pun mengumumkan bahawa mereka akan mula memasang komputer Mac Pro di Amerika Syarikat.

Akhirnya pada tahun 2013, Mac Pro telah menjadi produk pertama Apple yang kembali dipasang di dalam Amerika.

Walaubagaimanapun, tidak lama kemudian kilang pemasangan Mac Pro yang terletak di Austin, Texas mula berdepan dengan masalah berikutan sukar untuk mendapatkan jumlah skru yang secukupnya untuk memasang Mac Pro tersebut.

Masalah tersebut adalah berdasarkan kepada kenyataan tiga orang pekerja yang dirahsiakan profail mereka kerana terlibat dalam projek tersebut.

Jika sebelum ini Mac Pro yang dipasang di negara China tidak berdepan dengan masalah skru.

Ini kerana Apple dibekalkan skru dari kilang yang boleh memenuhi permintaan dalam kuantiti yang besar serta dalam notis yang singkat.

Tetapi apabila mereka berpindah ke Texas, perkara sebaliknya berlaku.

Ini kerana, kontraktor yang dipertangunggujawabkan untuk menghasilkan skru-skru tersebut hanya mempu menhasilkan 1000 butir skru sahaja dalam sehari.

Akibatnya, telah berlaku penangguhan jualan Mac Pro sehingga berbulan lamanya. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Apple terpaksa menempah skru-skru tersebut dari China.

Gambaran awal masalah yang akan dihadapi Apple…

Isu pemasangan Mac Pro yang berlaku di Texas ini memberikan gambaran awal masalah yang bakal dihadapi Apple jika mereka cuba memindahkan sebahagian besar pemasangan produk-produk mereka ke Amerika.

Jika komputer Apple Mac Pro yang kurang popular pun sukar untuk Apple mendapatkan skru khasnya, bagaimana pula untuk Apple memenuhi keperluan skru bagi produk paling popular mereka iaitu iPhone?

Skru hanya salah satu daripada masalah utama yang lain

Selain masalah skru, kos bayaran gaji pekerja di Amerika juga menjadi isu kerana ia akan menjadi lebih tinggi berbanding gaji pekerja yang dibayar di China.

Malah isu tempoh masa kerja juga menjadi halangan utama. Ini kerana masa kerja di Amerika tidak beroperasi sepanjang masa.

Ia berbeza dengan corak kerja di China di mana pekerja kilang di sana bekerja sepanjang masa mengikut jadual bagi membolehkan kilang beroperasi sepanjang masa.

Inilah antara sebab utama mengapa iPhone berkemungkinan besar tidak akan dipasang di Amerika.

Sumber artikel: The New York Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here