Pada 8 Mac yang lalu, Apple telah menambahkan lagi koleksi produk vintaj mereka. Macbook Pro 15″, 17″ edisi pertengahan 2010 dan Xserve keluaran awal 2009 telah diklasifikasikan sebagai produk vintaj.

Ini bermakna, Apple tidak akan lagi melakukan baik pulih perkakasan bagi produk tersebut. Apple mengklasifikasikan sesebuah produk itu sebagai vintaj jika ia tidak lagi dikeluarkan melebihi 5 tahun tetapi kurang daripada 7 tahun.

Banyaknya lubang cucuk dia…

Walaubagaimanapun, Apple hanya tidak melakukan servis terhadap perkakasan Macbook Pro sahaja. Sistem operasi Mac OSX El Capitan 10.11 masih lagi mampu digunakan oleh MBP sehingga keluaran 2007.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, sila layari laman web Apple bagi mengetahui produk-produk Apple vintaj yang lain. Maksudnya di sini, bersedialah untuk dapatkan yang baru. 😛

Featured Image By Tony Webster from Minneapolis, MinnesotaMacBook Pro Box

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here