Terdapat lebih daripada 10,000 komputer Apple Macintosh dari pelbagai model dijadikan sebagai pusat data awan di sini.

Dalam acara khas Apple yang telah berlangsung pada lewat bulan lepas, mereka ada menyebut nama sebuah syarikat yang menggunakan komputer Apple Mac sebagai perkakasan bagi meyediakan servis pusat storan data awan untuk para pelanggan mereka.

Jumlah Mac yang digunakan pula bukanlah 10 atau 100 buah, tetapi lebih daripada 10,000 buah Mac dari pelbagai model digunakan dalam pusat data awan mereka. Syarikat yang dimaksudkan ini adalah MacStadium.

MacStadium

MacStadium adalah sebuah syarikat penyedia servis data awan dan pelayan terkemuka yang menggunakan infrastruktur Mac dan sistem macOS dalam perkhidmatan mereka.

MacStadium yang ditubuhkan sejak tahun 2012 telah berkembang dengan pesat dalam menyediakan servis mereka dan diyakini oleh para pelanggan mereka yang terdiri daripada pembangun aplikasi iOS, jurutera pembangun operasi, penguji perisian serta para pelanggan mereka yang memerlukan sokongan perkakasan Mac dari seluruh dunia.

iMac Pro server
Antara barisan iMac Pro yang terdapat di dalam pusat data awan MacStadium. Kredit foto: MacStadium

Bermula dari Atlanta, kini syarikat ini mempunyai fasiliti pusat data di Lembah Silikon, Las Vegas, Dublin (Ireland) dan bakal membuka sebuah lagi cawangan pusat data terbaru di Frankfurt (German) pada tahun 2019 nanti.

8000 Mac mini

MacStadium adalah satu-satunya syarikat pusat data awan berskala besar yang menggunakan sebanyak 10,000 buah komputer Apple Mac sebagai perkakasan dalam menyediakan servis pusat data untuk para pelanggan mereka.

Mac Pro server
MacStadium akan menambah lagi sebanyak 600 Mac Pro pada masa terdekat ini. Ketika ini terdapat sebanyak 400 Mac Pro telah dijadikan sebagai pusat data mereka. Jenis storan yang digunakan adalah NVMe berkapasati 44TB yang menggunakan rangkaian berpusat X70 SAN (storage area network). Kredit foto: MacStadium

Perkakasan Mac yang digunakan adalah terdiri lebih daripada 10,000 buah Mac dari beberapa model iaitu Mac mini (lebih 8000), Mac Pro, iMac Pro serta Xserves (walau agak berusia tapi diyakini kestabilannya).

Setiap Mac tersebut disusun pada rak khas yang dipatenkan reka bentuk rak tersebut. Rekaan rak ini direka supaya setiap Mac dapat disusun dan menggunakan ruang sebaik mungkin bagi memuatkan sebanyak mungkin Mac mini pada sesebuah rak.

Mac mini server
Mac mini menggunakan kuasa rendah serta tidak panas memudahkannya disusun rapat dalam keadaan ruang terbuka tanpa merosakkannya. Sekaligus menjimatkan penggunaan ruang. Kredit foto: MacStadium

Untuk tahun 2018 ini, MacStadium telah berjaya memperoleh syarikat berasaskan perisian maya dan data awan, Virtual Command dari Atlanta bagi memenuhi pemintaan penggunaan servis awan mereka yang kian bertambah serta mempertingkatkan lagi kepantasan servis pusat data yang sedia ada.

Maklumat lanjut berkenaan dengan servis-servis yang disediakan oleh syarikat ini boleh didapati di laman web rasmi mereka, MacStadium.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here