Cetakan adalah percuma.

Apple kini mula menawarkan cetakan abjad dan emoji pada barisan peranti AirPods.

Walaubagaimanapun, cetakan pada AirPods hanya boleh dibuat menerusi tempahan atas talian di laman rasmi Apple sahaja.

Jadi sekiranya anda ada membuat tempahan AirPods dari laman Apple Malaysia, adalah rugi jika anda tidak memasukkan cetakan abjad atau emoji ke atas peranti itu yang ditawarkan secara percuma mengikut pilihan anda.

Bagi model AirPods gen-1 dan gen-2 yang berharga RM699.00 dan RM879.00, anda boleh memasukkan sebanyak 13 aksara (termasuk jarak) untuk cetakan teks atau 1 cetakan emoji ke atas peranti tersebut.

Cetakan emoji ini hanya ditawarkan untuk barisan peranti AirPods sahaja, tidak pada peranti lain seperti iPad.

Tetapi bagi model terbaru Airpods Pro yang berharga RM1,099.00, anda boleh memasukkan sebanyak 1 pilihan emoji atau 21 aksara (termasuk jarak) untuk cetakan teks ke atas peranti tersebut.

Apple menggunakan laser bagi membuat cetakan tersebut.

Tempoh penghantaran bagi model AirPods gen-1 dan gen-2 akan mengambil masa kurang daripada seminggu (bergantung pada lokasi).

Tetapi bagi model AirPods Pro, buat masa ini tempoh penghantaran akan memakan masa sehingga lebih daripada 4 minggu (bergantung pada lokasi).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here