Perlukah anda menaik taraf kepada macOS Sierra…

Tentu ramai pengguna Mac yang dah tak sabar nak menggunakan macOS Sierra yang akan mula boleh dimuat turun pada awal pagi esok. Jadi dalam tak sabar nak mengguna macOS terbaru ini, mungkin ada tertanya patut atau tidak mereka menukar Mac OS X yang digunkan sekarang kepada macOS Sierra. Hummm…

Pada pendapat ariffmac, daripada pengalaman menggunakan macOS Sierra versi Beta ini lebih sebulan yang lalu, dapat ariffmac simpulkan macOS Sierra ini stabil. Berbanding daripada versi macOS Sierra Beta yang pertama sehinggalah ke versi Golden Master, ariffmac dapati macOS Sierra ini semakin stabil. Jika dahulu terdapat beberapa aplikasi yang masih belum boleh digunakan sepenuhnya bersama macOS ini, kini ia sudah boleh digunakan dengan baik sekali.

Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan perisian khas tertentu untuk kerja-kerja seharian anda, adalah sebaiknya anda elakkan menaik taraf Mac anda buat masa ini. Ini dikhuatiri perisian tersebut tidak boleh digunakan bersama macOS Sierra. Jadi, ada baiknya anda dapatkan info dan pengesahan daripada pembangun perisian tersebut sama ada perisian itu boleh dan sesuai digunakan bersama macOS Sierra. Tapi kalau degil nak juga guna macOS terbaru ni, silalah buat backup dahulu.

canon-press
Contoh daripada kenyataan Canon tentang macOS Sierra.

Begitu juga dengan perkakasan lain yang digunakan bersama Mac anda seperti mesin pencetak, mesin pengimbas dan lain-lain. Pastikan dahulu perisian-perisian untuk perkakasan tersebut boleh digunakan di macOS atau tidak (kalau tak nanti tak boleh nak print pulak assignment tu).

Bagi anda yang suka menggunakan aplikasi penyelenggaraan seperti Onyx, TechTool Pro atau El Capitan Cache Cleaner, biasanya aplikasi-aplikasi seperti ini akan sentiasa dinaik taraf oleh pembangun aplikasi tersebut mengikut versi macOS yang digunakan. Kalau anda tidak boleh mengggunakan aplikasi-aplikasi ini jangan risau, nanti adalah versi terbaru nanti.

techtool
Nanti adalah update tu.

Kesimpulannya

ariffmac amat syorkan anda menaik taraf sistem Mac anda kepada macOS Sierra terbaru ini. Ini kerana ia padat dengan ciri-ciri terbaru seperti Picture in Picture, Optimized Storage dan Siri. Jadi, apa pendapat anda, bersedia dengan macOS Sierra?  😉

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here