servis mac
Menaik tarafkan Mac? Apa yang anda perlu tahu.

Bagi anda yang mempunyai Mac keluaran 2010, ataupun mungkin lebih lama dari itu pasti ingin menaik tarafkan (upgrade) perkakasan (hardware) Mac anda. Ini kerana, yelah kan dah lama sangat Mac tu tak di upgrade, lama-kelamaan semakin perlahan pulak rasanya Mac tu.

Lagi pun, Apple baru je menyenaraikan Macbook Pro 15″ dan 17″ keluaran 2010 sebagai produk uzur/vintaj. Jadi apa kata anda mudakan semula Mac tu dengan menaik taraf perkakasan mac supaya ia jadi muda, sihat dan bertenaga semula seperti dulu-dulu.

Macbook Air

macbook-1001303_640

Perhatian pemilik/pengguna Macbook Air, dipendekkan cerita, Mac anda tidak boleh di upgrade kan RAM, ruang storannya (HDD), kad grafik dan segala-galanya. Sebabnya, perkakasan Macbook Air segalanya telah dipateri secara tetap dari kilang. Satu-satunya cara anda boleh meng upgrade kan RAM dan HDD nya adalah semasa membuat tempahan melalui laman web rasmi Apple atau membeli terus Macbook Air dengan spesifikasi penuh (full spec) dari pengedar sah Apple.

Macbook Pro (Non Retina) dan Mac Mini

Naik tarafkan perkakasan Mac anda

Bagi pemilik/pengguna Macbook Pro dan Mac Mini, anda bernasib baik kerana Mac anda layak boleh di upgrade. Tetapi Mac anda hanya boleh upgrade RAM dan HDD nya sahaja. Kad grafik videonya tidak boleh. Sekiranya Mac anda hanya mempunyai 4GB RAM sahaja, anda boleh upgrade kan RAM tersebut kepada 8 hingga 16GB. Bergantung kepada jenis Macbook Pro/Mac Mini anda. Bagi memudahkan anda menyemak kelayakan status RAM MBP/Mac Mini tersebut, anda boleh ke laman web Crucial.com  bagi memastikan jenis RAM yang sepatutnya anda gunakan.

Pada laman web tersebut, terdapat aplikasi yang dikenali sebagai “Crucial System Scanner” bagi memeriksa jenis RAM pada Mac anda. Cara penggunaannya begini :-

1. Anda perlu memuat turun dahulu aplikasi tersebut (saiz fail 22KB je).

Crucial System Scanner

  1. Kemudian aktifkan aplikasi tersebut.

Crucial System Scanner

3. Selepas itu, aplikasi tadi akan memaparkan maklumat Mac anda di laman web nya. Contoh adalah seperti pada rajah di bawah. Di sini anda akan dapat melihat perkakasan serta had maksimum upgrade yang boleh diterima oleh Mac tersebut.

Daripada contoh di atas, Mac Mini ini sudah tidak boleh di upgrade RAM nya lagi kerana sudah maksimum. Tetapi HDD pula boleh ditukarkan kepada SSD. Tidak semestinya anda perlu  membeli daripada syarikat Crucial ini, tetapi hanyalah dijadikan panduan untuk beli dari kedai komputer nanti. Sekiranya anda membeli RAM daripada penjual produk Apple yang sah, harganya pasti mahal berlipat ganda. Jadi, anda boleh gunakan maklumat daripada aplikasi di atas bagi memudahkan anda memilih RAM yang diperlukan.

Anda juga digalakkan untuk menukar HDD Mac anda kepada SSD (Solid State Drive) kerana ianya jauh lebih pantas, rendah risiko kerosakan teknikal serta dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri serta mengurangkan kepanasan bagi Macbook Pro.

iMac

iMac21-Desktop-PR-PRINT_1

Bagi pemilik/pengguna iMac pula, ada iMac yang boleh di upgrade dan ada pula yang tidak. iMac yang pasti (confirm) tidak boleh di upgrade ialah iMac 21.5″ keluaran pertengahan 2014 dan iMac 21.5″ keluaran lewat 2015. RAM dan ruang storannya tidak boleh di upgrade sama sekali kerana semua perkakasannya lekat bersama mamaboard iMac tersebut. Maksudnya di sini, nasibnya samalah dengan Macbook Air tadi. (Setakat yang ariffmac tahu buat masa ini).

Manakala, untuk iMac yang lain pula, RAM nya masih boleh ditambah. Anda boleh menggunakan aplikasi “Crucial System Scanner” tadi bagi mendapatkan kepastian. Proses upgrade RAM bagi iMac mungkin mudah, tetapi tidak jika anda mahu meng upgrade ruang storannya. ariffmac nasihatkan supaya anda mendapatkan orang yang mempunyai kepakaran dalam membaik pulih iMac. Tetapi jika anda berani, mahir serta mempunyai peralatan yang cukup untuk membuka isi iMac tersebut, anda sila layari laman web ifixit untuk mengetahui cara-cara membuka untuk menaik taraf iMac anda.

Mac Pro

Mac Pro

Foto oleh Blake PattersonFlickr: GeForce 7300 added to the ATI X1900 XT

Jika anda memiliki Mac Pro, anda mempunyai lebih banyak ruang untuk menaik tarafkan Mac anda. Anda boleh sumbat RAM sampai 128GB, tambah/tukar ruang storan yang ada, tukar/tambah kad grafik dan menambah/menukar kad PCIe Mac Pro tersebut. Bagi mendapatkan lebih maklumat lanjut berkaitan menaik taraf Mac anda, sila layari http://www.everymac.com/. Di sini terdapat info yang lebih terperinci berkaitan semua Mac yang ada serta info-info lain seperti membaik pulih dan menaik taraf Mac. 🙂

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here