Mari menonton acara Apple secara langsung

Pada malam ini, Apple inc. akan memperkenalkan barisan produk barunya di ibu pejabat Apple, Cuppertino, California. Kurang 6 jam dari sekarang acara tersebut akan berlangsung. Untuk merasai kemeriahan acara tersebut, anda tidak perlu berada di sana. Apa yang anda perlukan adalah sambungan internet yang pantas lagi canggih berteknologi tinggi.

Kabel internetku masih bertahan

Selepas internet dah laju, anda perlukan iPhone, iPad (sekurang-kurangnya iPad 2 lah) atau iPod Touch dengan aplikasi Safari serta iOS 7 ke atas. Kalau tak ada gajet-gajet tu, anda boleh menonton melalui aplikasi Safari 6.0.5 ke atas di komputer Mac dengan sistem operasi 10.8.5 dan ke atas.

Sekiranya anda pengguna PC pula, jangan bimbang anda juga boleh menonton acara tersebut. Anda memerlukan sekurang-kurangnya Windows 10 dengan aplikasi Microsoft Edger.

Istimewa bagi anda yang memiliki Apple TV pula, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Apple Events di Apple TV untuk anda menonton acara tersebut. Jadi, perkara yang paling penting adalah pastikan internet anda berfungsi dalam keadaan terbaik dan tak dicuri jiran sebelah. 😛

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 pada 2001 sewaktu menjadi pereka grafik. Menamatkan pengajian Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah pada 2005 - 2008 dalam bidang Seni Kreatif. 2009 mengaji Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem, selesai pada 2013.

Leave a Reply

%d bloggers like this: