
Cara menukar format fail screenshot di Mac.
Sebelum ni ariffmac sudah menunjukkan 3 cara mengambil screenshot dengan menggunakan aplikasi Preview. Pintasan kekunci untuk screenshot Mac adalah dengan menekan butang Shift+Command+3. Pintasan tersebut adalah untuk mengambil screenshot keseluruhan skrin anda. Screenshot yang anda ambil secara automatik akan disimpan di Desktop Mac anda. Tetapi jika anda ingin menjadikan screenshot sebagai Clipboard, anda perlu menekan butang Shift+Command+Control+3. Jadi screenshot tersebut tidak akan disimpan sebagai fail di desktop Mac, sebaliknya ia menjadi Clipboard yang membolehkan anda menampalnya (paste) di lokasi lain seperti di aplikasi Photoshop dan Word.

Format fail screenshot Mac secara automatik disimpan dalam format fail .png. Kadang-kala anda mungkin ingin menukar format fail screenshot Mac atas keperluan semasa. Cara menukar format fail screenshot adalah dengan menggunakan Terminal. Anda perlu memasukkan beberapa arahan ringkas di dalam Terminal. Di sini ariffmac kongsikan setiap arahan di Terminal yang boleh anda gunakan untuk mengubah pelbagai jenis format fail screenshot, mengikut keperluan anda (tak payah pening2). Terminal berada di dalam Applications – Utilities – Terminal.
Anda boleh Copy & Paste arahan di bawah terus ke dalam Terminal.

- Tukar ke format fail JPEGÂ
defaults write com.apple.screencapture type jpg;killall SystemUIServer
- Tukar ke format fail PNG
defaults write com.apple.screencapture type png;killall SystemUIServer
- Tukar ke format fail GIFÂ
defaults write com.apple.screencapture type gif;killall SystemUIServer
- Tukar ke format fail PDFÂ
defaults write com.apple.screencapture type pdf;killall SystemUIServer
- Tukar ke format fail JPEG
defaults write com.apple.screencapture type jpg;killall SystemUIServer
- Tukar ke format fail TIFF
defaults write com.apple.screencapture type tiff;killall SystemUIServer