FCPX logo

Khususnya kepada pengguna macOS Mojave dan Catalina.

Dalam kemas kini aplikasi suntingan video Final Cut Pro X 10.4.7 baru-baru ini, sebahagian kandungannya jelas adalah bagi meningkatkan prestasi Final Cut Pro X.

Khususnya terhadap versi macOS Mojave dan Catalina serta model-model Mac terbaru yang dilengkapi dengan cip grafik terkini yang menyokong ciri Metal Engine 2.

macOS metal 2

Metal is a graphics and compute technology built into macOS, iOS, and tvOS. It allows the main processor (CPU) and graphics processor (GPU) to work together more effectively, providing more fluid graphics performance in games, and accelerating high-performance media apps.” Apple.

Berikut adalah senarai model komputer Apple Macintosh yang menyokong Metal dan Metal 2 dari Mac OS X El Capitan hingga terbaru:-

  • MacBook yang diperkenalkan dalam tahun 2015 atau terbaru
  • MacBook Air yang diperkenalkan dalam tahun 2012 atau terbaru
  • MacBook Pro yang diperkenalkan dalam tahun 2012 atau terbaru
  • Mac mini yang diperkenalkan dalam tahun 2012 atau terbaru
  • iMac yang diperkenalkan dalam tahun 2012 atau terbaru
  • iMac Pro (kesemua model)
  • Mac Pro yang diperkenalkan pada lewat tahun 2013, termasuklah model Mac Pro pertengahan 2010 atau pertengahan 2012 yang dilengkapi dengan kad grafik khusus yang menyokong ciri Metal.
Malah FCPX 10.4.7 juga telah sedia dioptimasikan bersama paparan Pro Display XDR dan Mac Pro 2019 dengan menyokong sehingga 28 teras pemprosesan.

Dengan kehadiran Metal Engine terbaru di dalam FCPX, Apple telah mengoptimasikan sistem FCPX dengan perkakasan Mac sekaligus menjadikannya lebih pantas dari sebelum ini.

Apple mendakwa, mereka berjaya meningkatkan prestasi FCPX sehingga 20%. Manakala prestasi FCPX di iMac Pro meningkat sehingga 35%.

Untuk lebih jelas, anda boleh merujuk hasil ujian yang dijalankan oleh pihak Bare Feats yang telah menguji bagi melihat sejauh manakah Apple menambah baik FCPX 10.4.7 berbanding versi sebelumnya.

  • Pro Vega 64 = Mode iMac Pro 2017, 8-core dengan GPU Radeon Pro Vega 64.
TEST PROCEDURE: Used a stopwatch to time how long it took to export the BruceX project to an Apple ProRes 4444 XQ Master File.
  • Radeon VII = Model iMac Pro 2017, 8-core dengan peranti grafik luar (eGPU) Radeon VII.
TEST PROCEDURE: Used a stopwatch to time how long it took to export the BruceX project to an Apple ProRes 4444 XQ Master File.

Daripada rajah di atas dapat dilihat bahawa FCPX 10.4.7 mencapai peningkatan prestasi lebih daripada 30% di atas platfom macOS Mojave dan Catalina.

Pengguna FCPX juga kini diberi lebih kawalan terhadap prestasi proses render menerusi pilihan GPU.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa laporan dari sebahagian pengguna FCPX yang mendakwa mereka berdepan beberapa isu pada FCPX mereka apabila menaik taraf kepada macOS Catalina 10.15.

Jadi, sekiranya anda kerap menggunakan FCPX untuk kerja-kerja penyuntingan video, anda dinasihatkan supaya kekal menggunakan macOS Mojave terlebih dulu.

Bukan sahaja terhadap FCPX, tetapi juga aplikasi-aplikasi yang lain.

FCPX 10.4.7 boleh digunakan pada platfom macOS Mojave 10.14.6 atau terbaru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here