FB Messenger beta

Cara mengaktifkan mod gelap aplikasi FB Messenger

Dalam diam, aplikasi Facebook Messenger telah sedia memiliki ciri mod gelap yang boleh diaktifkan penggunanya.

Ciri mod gelap tersebut sebenarnya tersembunyi daripada pengguna kerana ia belum diumumkan secara rasmi dalam kemaskini aplikasi tersebut.

Jadi untuk mengaktifkannya, anda perlu lakukan langkah ini:-

  1. Kemaskini terlebih dulu aplikasi FB Messengger ke versi terbaru dalam peranti pintar anda
  2. Aktifkan aplikasi FB Messenger diperanti pintar anda.
  3. Kemudian masukkan mesej emoji bulan sabit seperti rajah di bawah kepada mana-mana rakan sembang anda.

Emoji bulan sabit

4. Selepas mesej emoji tersebut dihantar, satu tetingkap akan dipaprkan memberitahu yang anda telah berjaya menemui mod gelap aplikasi tersebut.

mod gelap FB Messenger

5. Seterusnya, sentuh pada butang TURN ON IN SETTINGS.

6. Di sini anda bolehlah mengaktifkan tetapan mod gelap untuk aplikasi FB Messenger anda.

tetapan mod gelap FB Messenger

7. Siap! Tahniah anda telah berjaya mengaktifkan mod gelap untuk aplikasi FB Messenger diperanti pintar anda.

Seperti yang dinyatakan di awal tadi, ciri tetapan mod gelap ini masih dalam peringkat pembangunan. Jadi, tetapan ini hanya ada pada aplikasi FB Messenger diperanti pintar sahaja.

Tidak pula pada laman sosial FB Messenger yang digunakan pada peranti yang lain.

Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here