imac 21 inci awal 2013

Sudah berusia lebih 5 tahun.

Sebuah lagi model komputer meja Apple kini telah diklasifikasikan sebagai produk usang. Model komputer meja yang dimaksudkan di sini adalah iMac 21.5 inci keluaran awal 2013.

Model iMac ini pertama kali diperkenalkan adalah pada 5 Mac 2013 yang didatangkan dengan pilihan cip pemprosesan bermula dari Intel Core i3 (Ivy Bridge) dan sistem operasi asalnya adalah Mac OS X 10.8.2 (Mountain Lion).

Walaubagaimanapun, model iMac ini tidak berada lama di pasaran. Ia hanya bertahan sehingga bulan Jun 2014 sahaja.

Ini kerana Apple telah memperkenalkan pula model iMac 21.5 inci keluaran lewat 2013 pada September 2013 yang dinaik taraf perkakasannya dari model sebelumnya itu.

Namun begitu, model iMac 21.5 inci keluaran awal 2013 ini masih lagi menyokong sistem operasi macOS Mojave 10.14.6 dan turut akan menyokong macOS Catalina 10.15 yang akan dilancarkan versi penuhnya pada tahun ini.

Sesebuah produk Apple akan disenaraikan sebagai produk vintaj apabila produk itu sudah berusia lebih daripada 5 tahun dan kurang dari 7 tahun.

Manakala produk yang dikategorikan sebagai usang pula adalah apabila sesebuah produk Apple itu sudah berusia lebih dari 7 tahun.

Apple tidak lagi menerima produk-produk usang untuk diservis atau menawarkan alat ganti perkakasan bagi produk usang yang rosak.

Tetapi pengguna mungkin masih boleh mendapatkan servis baik pulih untuk peranti tersebut dari pihak ketiga.

Untuk melihat produk-produk Apple lain yang telah disenaraikan sebagai vintaj dan usang, sila layari laman muka Vintage and obsolete products.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here