Macbook Pro
Kredit foto: iFixit

Jom naik taraf perkakasan Macbook Pro.

Jika anda memiliki model-model komputer riba Macbook Pro keluaran antara tahun 2011 hingga 2015, anda masih boleh menaik taraf perkakasan Macbook Pro tersebut.

Jadi, di sini disenaraikan model-model MBP tersebut yang masih boleh dinaik taraf perkakasannya, sekaligus menjadikan ia lebih releven.

Macbook Pro tanpa skrin Retina

1.  Macbook Pro 13″ awal/lewat-2011
– RAM maksimum 16Gb (8gb x2)
– RAM speed compatibility 1333mhz – 2133Mhz
– storan jenis 2.5″ SATA 
– menyokong storan RAID0; ganti dvd dengan caddy (macOS Sierra SAHAJA)
– maksimum macOS – High Sierra

2.  Macbook Pro 15″ awal/lewat-2011
– RAM maksimum 16Gb (8gb x2)
– RAM speed compatibility 1333mhz – 2133Mhz
– storan jenis 2.5″ SATA 
– TAK menyokong storan RAID0
– maksimum macOS – High Sierra

3.  Macbook Pro 13″ pertengahan-2012
– RAM maksimum 16Gb (8gb x2)
– RAM speed compatibility 1333mhz – 2133Mhz
– storan jenis 2.5″ SATA 
– menyokong storan RAID0; ganti dvd dengan caddy (macOS Sierra SAHAJA)
– maksimum macOS – Mojave

4.  Macbook Pro 15″ pertengahan-2012
– RAM maksimum 16Gb (8gb x2)
– RAM speed compatibility 1333mhz – 2133Mhz
– storan jenis 2.5″ SATA 
– menyokong storan RAID0; ganti dvd dengan caddy (macOS Sierra SAHAJA)
– LCD boleh upgrade kepada High-Res 
– maksimum macOS – Mojave

Macbook Pro dengan skrin Retina

Macbook Pro Retina 15 inch 2012

 

1.  Macbook Pro Retina 13″ pertengahan-2012
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis Apple proprietary SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan mSATA+Adapter

2.  Macbook Pro Retina 15″ pertengahan-2012
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis Apple proprietary SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan mSATA+Adapter

3.  Macbook Pro Retina 13″ awal-2013
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis Apple proprietary SATA SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan mSATA+Adapter

4.  Macbook Pro Retina 15″ awal-2013
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis Apple proprietary SATA SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan mSATA+Adapter

5.  Macbook Pro Retina 13″ lewat-2013
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis PCIe Apple proprietary PCIe SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan NVMe+Sintech Adapter SHJ
– Speed NVMe LIMITED sekitar 700MB/s±

6.  Macbook Pro Retina 15″ lewat-2013
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis PCIe Apple proprietary PCIe SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan NVMe+Sintech Adapter SHJ
– Speed NVMe LIMITED sekitar 700MB/s±

7.  Macbook Pro Retina 13″ pertengahan-2014
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis PCIe Apple proprietary PCIe SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan NVMe+Sintech Adapter SHJ
– Speed NVMe LIMITED sekitar 1500MB/s±

9.  Macbook Pro Retina 15″ pertengahan-2014
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis PCIe Apple proprietary PCIe SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan NVMe+Sintech Adapter SHJ
– Speed NVMe LIMITED sekitar 1500MB/s±

10.  Macbook Pro Retina 13″ awal-2015
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis PCIe Apple proprietary PCIe SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan NVMe+Sintech Adapter SHJ
– Speed NVMe FULL SPEED sekitar 3000MB/s±

11.  Macbook Pro Retina 15″ awal-2015
– RAM, CPU, GPU SOLDERED TAK BOLEH UPGRADE – FULL STOP!
– storan asal jenis PCIe Apple proprietary PCIe SSD 
– storan boleh dinaik taraf dengan NVMe+Sintech Adapter SHJ
– Speed NVMe FULL SPEED sekitar 3000MB/s±

Itulah senarai model Macbook Pro yang boleh dinaik taraf. Tetapi ingin saya kongsikan sedikit informasi yang diperolehi semasa menemu bual Mat iBoff tahun lepas.

Menurut beliau, kapasiti RAM GPU di dalam model Macbook Pro 15″ skrin Non Retina 2012 boleh dinaik taraf dari 1GB kepada 2GB RAM. Walaubagaimanapun, beliau masih belum dapat mengesahkannya lagi kerana belum sempat bereksperimen lagi katanya.

InsyaAllah status berkenaan RAM GPU model MBP tersebut akan dikongsikan di dalam artikel ini nanti.

Manakala bagi mereka yang memiliki model Macbook Pro keluaran 2016 dan ke atas, anda tidak boleh melakukan sebarang naik taraf perkakasan di dalamnya.

MacBook Pro Touch Bar
Apa pun tak boleh.

Sebarang perubahan perkakasan bagi model-model tersebut hanya boleh dibuat ketika proses pembelian yang dibuat menerusi laman rasmi Apple sahaja.

Jadi, terima sahaja seadanya.

P/s: Artikel asal ini telah ditulis oleh saudara Hafeez Hasmat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here