iPad family

iPad Air 10.5″ dan iPad mini 7.9″ kini lebih berkuasa dengan cip pemprosesan A12 Bionic.

Apple sebentar tadi baru sahaja mengumumkan model terbaru untuk barisan produk iPad mereka iaitu iPad Air dan iPad mini 2019 yang dipertingkatkan keupayaannya.

A12 Bionic dan sokongan Apple Pencil

Model terbaru iPad Air dan iPad mini ini kini dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru A12 Bionic yang sama digunakan dalam iPhone XR, XS dan XS Max yang telah diperkenalkan pada 2018 lalu.

Dengan cip 12 Bionic yang turut mengandungi ciri Neural Engine menjadikan kedua-dua model iPad terbaru ini kini lebih berkuasa dan mampu mengendalikan aplikasi-aplikasi moden dengan lebih baik.

Selain itu, model iPad Air dan iPad mini terbaru ini juga kini menyokong aksesori Apple Pencil.

New iPad Mini Apple Pencil
Aksesori Apple Pencil dijual secara berasingan. Kredit imej: Apple

Ini sekaligus menjadikan kesemua barisan model-model iPad telah menyokong peranti Apple Pencil.

Walaubagaimanapun, iPad Air dan iPad mini ini hanya menyokong peranti Apple Pencil generasi pertama sahaja. Tidak pula menyokong Apple Pencil 2.

New-iPad Air with Smart Keyboard Apple Pencil
iPad Air terbaru juga menyokong aksesori Smart Keyboard (10.5″) yang dijual berasingan. Kredit imej: Apple

Kali terakhir iPad Air (model iPad Air 2) dikemaskini adalah pada Oktober 2014 dahulu.

Manakala iPad mini (model iPad mini 4) pula kali terakhir dikemaskini adalah pada September 2015 dahulu.

iPad Air dan iPad mini 2019 ini sudah pun ditawarkan di laman Apple Store. Terdapat 3 pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Silver, Space Gray dan Gold.

Pilihan saiz storan pula sama ada 64GB atau 256GB serta sambungan Wi-Fi atau Wi-Fi dan Selular.

Harga iPad Air 2019 adalah bermula dari RM2199.00. Manakala iPad mini 2019 pula berharga dari RM1699.00.

Untuk info lanjut tentang kedua-dua model terbaru iPad Air dan iPad mini ini, sila layari laman sesawang Apple Malaysia.

Selain mengumumkan 2 model terbaru iPad ini, Apple turut mengumumkan kemaskini aplikasi iWork untuk peranti iOS yang akan hadir pada minggu hadapan.

Menurut Apple, kemaskini tersebut akan meningkatkan integrasi aplikasi bersama Apple Pencil, pilihan pelbagai animasi baru, rekaan antaramuka pengguna terbaru dan banyak lagi.

 

P/s: Susulan kemunculan model iPad Air 10.5″ 2019, model iPad Pro 10.5″ tiada lagi di laman Apple Store. Ia pertama kali diperkenalkan Apple adalah pada Jun 2017 dahulu.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here