Berharga dari RM5,599.00.

Akhirnya sepeti yang dijangkakan, Apple telah melancarkan model terbaru komputer riba MacBook Pro 13″ 2020 hari ini.

Sebanyak 4 model MBP 13″ ditawarkan dengan cip Intel Core i5 1.4GHz quad-core generasi ke-8 dan Intel Core i5 2.0GHz quad-core generasi ke-10.

Perubahan yang paling ketara pula sudah tentunya adalah papan kekunci butterfly MBP yang kini telah digantikan dengan Magic keyboard, sama sepertimana yang digunakan pada model MBP 16″.

With these updates, our entire notebook lineup features the Magic Keyboard for the best typing experience ever on a Mac notebook, offers twice the standard storage than before, and delivers even more performance.” Tom Boger, Pengarah Kanan Pemasaran Produk Mac dan iPad.

Kuasa grafik MBP 13, Intel Iris Plus Graphics kini menyokong resolusi penuh 6K Pro Display XDR.

Apple mendakwa, penggunaan cip Intel Core generasi ke-10, Intel Iris Plus Graphics dan RAM 16GB 3733MHz LPDDR4X telah meningkatkan keseluruhan prestasi MBP 13″ sehingga 80% berbanding model sebelumnya.

MacBook Pro 13″ 2020 berharga dari RM5,599.00, RM6,399.00, RM7,999.00 dan RM8,799.00.

Saiz storan MBP 13″ kini bermula dari 256GB dan menyokong sehigga 4TB. Memori RAM pula kini menyokong sehingga 32GB RAM.

Walaubagaimanapun, model terbaru MacBook Pro 13″ ini belum ditawarkan di Malaysia.

Untuk info lanjut layari laman Apple Malaysia.

(Tiada lagi model MacBook Pro 13″ keluaran tahun 2019 ditawarkan di laman Apple Store Malaysia).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here