Muat turun aplikasi Back Up & Recovery 16 secara percuma sekarang
Dapatkan aplikasi Back Up & Recovery 16 dari Paragon secara percuma, tapi hanya untuk Windows sahaja.
Ini berita baik bagi pengguna Windows sahaja (bukan untuk pengguna Mac), anda boleh muat turun aplikasi Back Up & Recovery 16 terbaru dari Paragon Software Group secara percuma. Tetapi anda perlu cepat sebab tempoh masa untuk anda dapatkan aplikasi tersebut secara percuma hanya tinggal 11 hari sahaja lagi dari hari ini (tawaran ini hanya sah sehingga 1 November 2016 sahaja). Setelah tamat tempoh tersebut, anda perlu membeli aplikasi ini yang berharga USD 39.95. Jadi ada baiknya anda muat turunnya sekarang (kalau nak lah).
Aplikasi Back Up & Recovery 16 ini merupakan aplikasi yang memudahkan pengguna Windows membuat back up dan restore data-data yang ada di dalam komputer anda. Aplikasi ini juga telah dinaik taraf dengan beberapa ciri-ciri terbaru seperti Single Back Up Wizard, Define custom strategies Disk Map dan banyak lagi. Untuk muat turun aplikasi ini secara percuma, anda hanya perlu mendaftar dengan membuat akaun Paragon Software. Cara untuk mendaftar dan info lanjut berkaitan aplikasi ini anda boleh ke laman web Paragon Software. Jadi jangan tunggu lagi, sementar ia percuma. 😎
