Walaubagaimanapun, ia bukanlah kemaskini utama bagi Mac OSX

Apple telah memuat naik fail update bagi Mac OSX El Capitan yang baru, 10.11.4. Walaupun bukan kemaskini utama bagi Mac OSX, tetapi ia lebih kepada fungsi dan ciri-ciri tambahan bagi aplikasi seperti Notes, Photos dan Safari.

Anda sudah boleh mula memuat turun fail kemaskini OSX tersebut sekarang di App Store. Ataupun anda muat turun fail tersebut yang bersaiz 1.58gb dari laman web Apple (cara ini lebih cepat). 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here