Persediaan yang perlu anda lakukan sebelum muat turun macOS Sierra

Hanya tinggal lebih kurang 12 jam sahaja lagi untuk pengguna/pemilik Mac untuk menaik taraf sistem operasi Mac kepada yang terbaru iaitu macOS Sierra yang akan boleh dimuat turun pada awal pagi 21 September 2016 (Rabu, waktu Malaysia). Jadi kepada anda yang dah tak sabar untuk menggunakan macOS ini, boleh lah berjaga malam ni. Namun begitu, sebelum anda menaik taraf ke macOS Sierra, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan lakukan.

  • Tidak semua Mac boleh guna macOS Sierra

Okay perkara ni dah banyak kali diberitahu. Tidak semua Mac boleh menggunakan macOS Sierra ni. Jadi ariffmac senaraikan sekali lagi Mac yang boleh menggunakan macOS terbaru ini :-

  • MacBook (Lewat 2009 atau terbaru)
  • MacBook Pro (Pertengahan 2010 atau terbaru)
  • MacBook Air (Lewat 2010 atau terbaru)
  • Mac mini (Pertengahan 2010 atau terbaru)
  • iMac (Lewat 2009 atau terbaru)
  • Mac Pro (Pertengahan 2010 atau terbaru)
  • Mac OS X dan perkakasan Mac

Anda perlu pastikan Mac yang anda gunakan menggunakan sekurang-kurangnya Mac OS X 10.7.5 atau  ke atas. Mac tersebut juga perlu menggunakan sekurang-kurangnya RAM 2GB atau lebih dan mempunyai ruang storan (HDD/SSD) sekurang-kurangnya 8.8GB. Anda juga perlukan sambungan internet yang cukup pantas (sebab kompom saiz fail besar) dan akaun Apple untuk muat turun dari Mac App Store.

  • Buat BACKUP! (Tolonglah buat)

Ni lagi satu, anda dinasihatkan untuk buat backup Mac anda dahulu. cara nak backup Mac sudah ariffmac tunjukkan sebelum ini. Ada 2 cara backup yang boleh diguna iaitu dengan menggunakan aplikasi CarbonCopyCloner ataupun Time Machine. Jadi tolonglah buat backup sebelum anda naik taraf ke macOS Sierra ni. Dikhuatiri akan berlaku perkara yang tak diingini ketika proses naik taraf tersebut berjalan. Apabila perkara yang melibatkan sistem dan perkakasan komputer, macam-macam boleh berlaku. Bila dah backup, tak perlu risau dah.

  • Selebihnya…

Menaik taraf ke macOS Sierra adalah percuma. Kalau ada yang menjual perisian ni, pembohong lah tu. Untuk ketahui maklumat lanjut tentang kemaskini ini serta Mac yang boleh menggunakan ciri-ciri terbaru macOS Sierra seperti Handoff, Instant Hotspot dan Universal Clipboard (mengikut versi keluaran Mac) , sila le laman web apple macOS.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here