Persediaan menaik taraf Mac OS X ke macOS Sierra- Ep1
Perkara yang perlu anda tahu sebelum menggunakan macOS terbaru Apple.
Apple telah mengumumkan perubahan Mac OS X kepada macOS baru-baru di WWDC 2016 yang lepas. Mac OS X El Capitan 10.11 akan dinaik taraf kepada 10.12 dan akan dikenali sebagai macOS Sierra. Walaubagaimanapun, untuk OS Mac terbaru ini kebanyakan komputer Mac yang lama tidak lagi boleh dinaik taraf lagi sistem operasinya. Ini kemungkinan disebabkan oleh Apple telah memperkenalkan sistem fail terbaru bagi ruang storan Mac iaitu APFS (Apple File System). Mac kini tidak lagi menggunakan perkakasan hard disk seperti dulu tetapi telah menggunakan PCI-e flash storage yang lebih pantas dan saiz yang lebih kecil, nipis dan tidak ada pergerakan mekanikal (kalau dulu cakera hard disk berpusing, sekarang SSD takde pusing-pusing lagi).
Jadi apa yang paling penting sebelum anda menaik taraf sistem operasi Mac anda, pastikan dulu Mac anda tu memang boleh dinaik taraf OS nya (jangan main semberono je). Senarai Mac yang boleh dinaik taraf ke macOS Sierra adalah seperti senarai dibawah.
MacBook Pro (2010 dan terbaru)
MacBook Air (2010 dan terbaru)
Mac Mini (2010 dan terbaru)
Mac Pro (2010 dan terbaru)
MacBook (Lewat 2009 dan terbaru)
iMac (Lewat 2009 dan terbaru)
Kalau anda tak pasti Mac anda keluaran tahun bila, begini cara nak semaknya. Sila ke logo Apple di menu bar Mac anda dan pilih About This Mac.
Kemudian akan terteralah Maklumat Mac anda.
Jadi bagi pemilik Mac yang tidak tersenerai seperti di atas memang tak boleh dah naik taraf ke macOS Sierra. Apple mungkin akan memuat naik fail macOS Sierra versi Beta pada minggu hadapan. Jadi jika anda ingin mengetahui cara untuk mendapatkan dan mencuba macOS Sierra Beta, bolehlah klik di sini.
Tinggalkan Komen