Sebelum anda naik taraf kepada macOS Sierra…

Pada Ep 1 yang lepas, ariffmac telah berkongsi tentang komputer Mac yang boleh di naik taraf sistem operasinya dari Mac OS X El Capitan 10.11 kepada macOS Sierra 10.12. Diharapnya semua dah tahu sama ada Mac anda layak ataupun tidak boleh dinaik taraf kepada macOS Sierra. Memandangkan macOS Sierra versi Beta akan keluar pada bulan Julai nanti (mungkin seawal minggu depan), pasti ramai yang dah tak sabar nak mencubanya. Bagi yang berminat anda perlu mendaftar terlebih dulu untuk macOS Sierra Beta Program, baru anda boleh muat turun fail macOS tersebut. Cara mendaftar ada ariffmac terangkan di sini.

Baik kepada anda yang memang dah tak sabar nak cuba macOS Sierra Beta, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menggunakan macOS tersebut.

  • Peralatan & perisian…

Sekiranya anda sering menggunakan perkakasan seperti mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), kamera digital, telefon (android) dan lain-lain bersama Mac anda, pastikan yang ianya boleh beroperasi dengan macOS Sierra. Biasanya dari pengalaman ariffmac, perkakasan-perkakasan tersebut jarang dapat berfungsi dengan sistem operasi yang baru sebab setiap perkakasan mempunyai perisiannya (driver) sendiri. Kemungkinan pengeluar peralatan komputer seperti Canon, Sony, Xerox dan yang lain tidak akan mengeluarkan lagi fail perisian terbaru untuk produk-produk mereka. Jadi kemungkinan besar peralatan seperti printer anda tidak akan dapat digunakan. Jadi, sila semak dahulu perisian peralatan tersebut daripada laman web rasmi pengeluar produk bagi kepastian.

Selain itu, mungkin anda ada menggunakan perisian-perisian tertentu yang sering digunakan untuk kerja-kerja harian anda. Pastikan perisian-perisian tersebut dapat beroperasi dengan baik bersama macOS Sierra.

  • Kestabilan macOS Sierra

Biasanya apabila sistem operasi yang masih dalam versi beta, sistem tersebut pastinya masih belum cukup sempurna. Jadi anda perlu bersedia dengan ralat-ralat (error) yang mungkin anda akan hadapi dengan macOS Sierra Beta nanti. Perisian seperti Microsoft Office, Adobe ataupun Final Cut Pro mungkin tidak akan berfungsi dengan sempurna. Kejadian perisian-perisian tersebut terkeluar secara tiba-tiba (quit unexpectedly) mungkin akan berlaku.

Malah prestasi perkakasan Mac anda seperti bateri yang cepat habis (bagi pengguna keluarga MacBook) mungkin akan terjadi. Penggunaan kuasa pemprosesan unit bagi CPU, GPU dan RAM  yang lebih tinggi dari biasa mungkin turut anda akan hadapi. Jadi anda harus bersedia hadapi dengan perkara-perkara tersebut.

Kesimpulannya

macOS Sierra ini lebih sesuai bagi pengguna Mac yang sudah advance. Namun tidak salah untuk anda yang berani untuk cuba versi beta nanti. Tujuan Apple membolehkan anda mencuba macOS Sierra Beta adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada anda. Anda boleh berkongsi masalah yang dihadapi atau sebarang penemuan ralat yang berlaku semasa anda menggunakan macOS tersebut dengan melaporkannya pada Apple Inc. Jadi… :mrgreen:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here