Sedikit kisah ringkas permulaan kepada kewujudan sistem operasi macOS yang digunakan berjuta pengguna komputer Apple Macintosh hari ini.

Kemunculan sistem operasi macOS bukanlah tiba sama waktu dengan penubuhan Apple pada tahun 1976. Mac OS hanya wujud pada tahun 1984 dengan kemunculan model komputer Macintosh pertama iaitu Macintosh 128k.

Tetapi, sistem operasi Mac OS moden yang digunakan oleh seluruh pengguna sistem macOS yang ada pada hari ini hanya bermula pada tahun 2000 selepas kegagalan NeXT.

Steve Jobs memulakan NeXT 

Steve Job melangkah keluar dari Apple pada tahun 1985 akibat tidak berpuas hati setelah tidak lagi dibenarkan mengepalai pembangunan Mac.

Ditambah pula diturunkan pangkat kepada bukan lagi tersenarai sebagai ahi eksekutif syarikat selepas penstrukturan semula Apple oleh John Sculley pada Mei 1985 menyebabkan Steve Jobs kecewa dengan Apple.

“Steve always had an animal inside him and in the early eighties that animal threw him to the ground. Boom!” Jean-Louis Gassée

Disebabkan itu, beliau meninggalkan Apple dan memulakan sebuah syarikat komputer baru yang dikenali sebagai NeXT. Ketika itu, beliau hanya dibantu oleh 5 orang pekerja sahaja yang turut meninggalkan Apple.

“Hi, I’m Steve Jobs, and I make computers.” Steve Jobs

NeXT dibangunkan Steve Jobs dari poketnya sendiri yang berjumlah USD12 juta yang dimilikinya pada waktu itu selepas keluar dari Apple.  Kredit: All About Steve Jobs

Selain mengeluarkan duit poketnya sendiri, NeXT turut mendapat sokongan pelaburan lain termasuklah dari Carnegie Mellon dan Standford sebanyak USD600 ribu seorang dan USD20 juta dari ahli perniagaan H. Ross Perot.

Sokongan kewangan yang diterima NeXT telah menjadikan syarikat tersebut bernilai USD126 juta pada tahun 1987.

NeXT Inc. pertama kali memperkenalkan produk pertama mereka, NeXT Computer pada Oktober 1988. Ia menggunakan sistem perisian komputer yang menggabungkan kuasa perkakasan dan perisian komputer dalam cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.

“It’s great to be back”. Steve Jobs

Steve Jobs membayar Paul Rand,untuk rekaan logo ikonik NeXT sebanyak USD100,000. Paul Rand merupakan seorang pereka grafik terkemuka yang turut mereka logo bagi syarikat seperti IBM, Enron dan ABC.

Steve jobs telah melancarkan beberapa versi sistem operasi komputer NeXT termasuklah NeXTstation dan NeXTSTEP pada lewat 80an.

UNIX

Sistem operasi komputer NeXT dibangun berplatfomkan sistem UNIX yang mula dibangunkan pada tahun 1960 oleh Ken Thompson.

Sistem UNIX itu dibangun berasaskan kepada sistem operasi pertama di dunia yang dikenali sebagai Compatible Time-Sharing System, atau CTSS yang dibangunkan oleh Professor Emeritus Fernando Corbató atau lebih dikenali sebagai “Corby” dari Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Professor Emeritus Fernando Corbató juga adalah tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan kata laluan yang digunakan pada komputer sehingga sekarang. Beliau baru sahaja meninggal dunia pada 15 Julai 2019 pada umur 93 tahun.

Gagal

Walaubagaimanapun, komputer NeXT terlampau sangat mahal harganya. Pada tahun 1988, harga komputer adalah sekitar USD700 hingga kebeberapa ribu dolar sahaja. Sebaliknya, harga asas bagi komputer NeXT berharga dari USD6,500 dan mesin pencetak keluaran NeXT berharga hampir USD2,000.

Di sebabkan harga yang melampau itu, ia menjadi antara punca kepada kegagalan NeXT di pasaran.

Jadi, bermula dari tahun 1993, NeXT tidak lagi mengeluarkan perkakasan komputer mereka sendiri. Mereka hanya lebih menumpu kepada pembangunan dan pemasaran sistem operasi NeXTSTEP.

“Somebody at IBM a few years ago saw our NextStep operating system as a potential diamond to solve their biggest and most profound problem, that of adding value to their computers with unique software. Unfortunately, as I learned, IBM is not a monolith. It is a very large place with lots of faces, and they all play musical chairs. Somewhere along the line this diamond got dropped in the mud, and now it’s sitting on somebody’s desk who thinks it’s a dirt clod. Inside that dirt clod is still a diamond, but they don’t see it.” Steve Jobs

Membeli NeXT

“It’s hard to think that a $2 billion company with 4,300 empoyees couldn’t compete with six people in blue jeans.” Steve Jobs.

Pada tahun 1993, Apple sedang dalam keadaan tenat. Kehadiran sistem operasi Windows 95 dan Windows NT oleh Microsoft memburukkan lagi keadaan Apple.

Sekaligus menjadikan sistem operasi komputer Macintosh OS yang digunakan Apple sejak 1984 ketinggalan jauh dibelakang.

Apple mula mengintai dan mendekati beberapa syarikat pembangun perisian komputer, termasuklah NeXT. Cuma cabarannya adalah ia dimiliki oleh Steve Jobs.

Walaupun komputer NeXT gagal dipasaran, tetapi sistem operasi NeXTSTEP amat diterima baik pengguna dan juga industri.

People told us they love NeXTSTEP and they love the fact that we built it on top of UNIX.” Steve Jobs

Namun begitu, disebalik kurang senang terhadap personaliti Steve Jobs, pada tahun 1997 Apple telah membeli NeXT pada nilai USD429 juta. Ia merupakan titik permulaan yang penting kepada kembalinya Steve Jobs ke syarikat pertama yang dibangunkannya dahulu serta permulaan kepada kemunculan Mac OS X.

“If you weren’t good at your job, he (Steve Jobs) owed it to the rest of team to get rid of you. But if you were good, he owed you his loyalty”. Susan Barnes.

Perisian NeXT bergabung dengan perkakasan Apple

Setelah berjaya mengambil alih NeXT, Apple pun mula membangunkan sistem operasi masa depan mereka untuk komputer Macintosh. Tetapi ia bukanlah dapat dijayakan dengan serta-merta.

Seperti yang diketahui umum, iMac Bondi Blue yang diperkenalkan pertama kali oleh Steve Jobs pada Mei 1998 merupakan produk yang telah menyelamatkan Apple dari musnah.

Pada waktu itu, iMac masih menggunakan sistem Mac OS 8.1, legasi dari versi Mac OS terdahulu. Sistem tersebut yang dibangunkan untuk Mac pada tahun 1984 dilihat tidak mampu lagi menyaingi Windows yang lebih moden.

Dalam proses pembangunan Mac OS X itu, Steve Jobs bekerja rapat bersama pembangun antaramukanya yang bernama Bas Ording. Apabila ada sesuatu yang tidak digemari beliau, Ording lah individu yang akan membetulkan mengikut kehendak beliau.

“Bas was a wizard, He’d take ninety seconds pecking away, he’d hit a button and there it was-a picture of what ever Steve asked for. The guy was a god” Mike Slade.

OS X hadir dengan reka bentuk antaramuka radikal yang dibangun berasaskan sistem operasi NeXTSTEP. Pengenalan seperti Dock, aplikasi Mail dan efek tetikus yang bertukar menjadi roda berpusing adalah antara elemen yang diintegrasikan ke dalam Mac OS X.

” We went over OS X again and again, pixel by pixel, feature by feature, screen by screen. Should the genie effect look like this? How big should the dock icons magnify? What’s the type style? Why does this dial look the way it does?  Every week, the agenda was to get Steve to approve the look and feel of each item” Mike Slade.

Akhirnya, pada 5 Januari 2000, barulah Apple Computer memperkenalkan versi moden Mac OS kepada umum.

Versi pertama Mac OS X Public Beta mula ditawarkan pada 13 September 2000 yang dijual pada harga USD29.95.

Menurut Apple, lebih daripada 100 ribu salinan Mac OS X Public Beta telah berjaya  dijual sejak September 2000 dan menerima maklum balas lebih daripada 75 ribu penggunanya.

Platfom UNIX telah menjadikan sistem Mac OS X lebih stabil daripada sistem operasi komputer yang lain. Sebuah perisian komputer sahaja belum mampu menyebabkan OS X tergendala sepenuhnya.

Malah Mac OS X didapati hampir imun pada semua perisian virus yang wujud pada waktu itu.

Versi penuh Mac OS X 10.0 aka Cheetah hanya mula dijual pada 24 Mac 2001 pada harga USD129.00.

Bermula dari situlah, Mac OS X berkembang dan ditambah baik menerusi versi-versi seterusnya. Berikut adalah senarai versi Mac OS X bermula dari Mac OS X 10.0:-

  • Mac OS X 10.0 Cheetah (Mac 2001)
Antaramuka terawal “Aqua” di Mac OS X 10.0 Cheetah. Kredit: 512 Pixels
  • Mac OS X 10.1 Puma (September 2001)
  • Mac OS X 10.2 Jaguar (Ogos 2002)
  • Mac OS X 10.3 Panther (Oktober 2003)
Antaramuka Mac OS X 10.3 Panther. Kredit: 512 Pixels
  • Mac OS X 10.4 Tiger (April 2005)
  • Mac OS X 10.5 Leopard (Oktober 2007)
Antaramuka Mac OS X 10.5 Leopard. Kredit: 512 Pixels
  • Mac OS X 10.6 Snow Leopard (Ogos 2009)
  • Mac OS X 10.7 Lion (Julai 2011)
Antaramuka Mac OS X 10.7 Lion. Kredit: 512 Pixels
  • OS X 10.8 Mountain Lion (Julai 2012)
Bermula dari OS X 10.8 Mountain Lion, Apple tidak lagi meletakkan perkataan Mac di depan nama sistem operasi Mac. Kredit: 512 Pixels
  • OS X 10.9 Maverick (Oktober 2013)
  • OS X 10.10 Yosemite (Oktober 2014)
Bermula dari OS X 10.10 Yosemite, paparan About this Mac adalah seperti rajah di atas. Kredit: 512 Pixels
  • OS X 10.11 El Capitan (September 2015)
  • macOS 10.12 Sierra (September 2016)

    Bermula dari versi macOS 10.12 Sierra, Apple menjenamakan sistem operasinya kepada macOS. Kredit: 512 Pixels
  • macOS 10.13 High Sierra (September 2017)
  • macOS 10.14 Mojave (September 2018)
Antaramuka macOS 10.14 Mojave. Kredit: 512 Pixels

Itulah rangkuman dari puluhan kisah permulaan awal sistem operasi macOS yang  diperolehi daripada pembacaan, tontonan video, filem, rakaman audio, terbitan buku, transkripsi temubual, arkib dan lain-lain.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah Steve Jobs merupakan seorang tokoh yang amat bekerja keras dan tidak pernah mengenal putus asa dalam hidupnya.

Mungkin bagi sebahagian dari kita, daripada wang 12 juta yang ada itu mungkin sudah boleh pencen dan goyang kaki.

Tetapi tidak pada Steve Jobs yang terus berusaha membangunkan sesuatu yang baru.

NeXT bukan sahaja bagi memenuhi ketamakkan dirinya sendiri, tetapi juga secara tidak langsung bagi memenuhi kehendak pengguna komputer dan industri yang mahukan sesuatu yang baru sekaligus merevolusi industri teknologi perkomputeran di seluruh dunia.

Tanpa kegagalan NeXT, macOS mungkin tidak akan pernah wujud pada hari ini.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here