Telefon mudah alih terbaru OnePlus 5 dari OnePlus.

Awal pagi tadi telah berlangsungnya acara khas oleh syarikat telefon OnePlus dari China bagi memperkenalkan telfon mudah alih terbaru mereka iaitu OnePlus 5. Walaubagaimanapun ia tidaklah produk yang mengejutkan sebab OnePlus 5 memiliki rekaan yang hampir sama dengan rekaan iPhone 7. Hanya terdapat sedikit perbezaan rekaan sahaja dari iPhone 7. Perbezaan ketaranya adalah dari aspek spesifikasi dan sistem operasi yang digunakan dalam telefon tersebut.

Spesifikasi OnePlus 5.

OnePlus 5 dilengkapi dengan perkakasan yang sangat berkuasa tetapi pada masa yang sama juga ia menjimatkan tenaga. Kuasa pemprosesan yang digunakan adalah daripada Qualcomm Snapdragon 835 (Octa-core, 10nm, up-to 2.45GHz). Terdapat 2 spesifikasi berbeza yang boleh dipilih bagi OnePlus 5 iaitu 2 jenis pilihan warna iaitu Midnight Black atau Slate Gray. Pilihan kapasiti RAM pula sama ada 6GB atau 8GB LPDDR4X (iPhone 7 dan iphone 7 Plus hanya dilengkapi dengan kapasiti RAM 2GB dan 3GB sahaja). Manakala pilihan kapasiti ruang storan yang ada hanyalah 64GB atau 128GB sahaja tanpa ada slot tambahan storan kad SD.

Kapasiti kuasa bateri yang digunakan adalah 3300 mAh (tidak boleh ditanggalkan) yang dilengkapi dengan ciri Dash Charge (5V 4A). Selain itu, OnePlus juga turut dilengkapi dengan ciri kamera berkembar di sebelah belakangnya berserta cahaya berkembar. Kamera ini mampu merakam video bersaiz 4K pada kadar 30 bingkai sesaat. Pilihan jenis dan saiz skrin pula hanya terdapat satu jenis sahaja iaitu AMOLED bersaiz 5.5″ (menggunakan pelindung skrin kaca 2.5D Corning Gorilla Glass 5) dengan resolusi 1080 definisi penuh (1920 x 1080 piksel) 401ppi. Jenis sambungan peranti yang digunakan pula adalah jenis USB 2.0, Type-C yang menyokong fungsi audio. Sambungan audio 3.5mm juga dikekalkan (iPhone 7 tiada sambungan audio 3.5mm). Sistem operasi yang digunakan untuk OnePlus 5 pula adalah jenis OxygenOS berplatfomkan Android Nougat 7.0.

Harga jualan OnePlus 5 ini bermula dari USD 479. Info lanjut tentang OnePlus 5 terbaru ini, boleh didapati di laman web OnePlus.net.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here