Logo Opera
Aplikasi pelayar web Opera kini mempunyai fungsi VPN

Opera merupakan sebuah aplikasi pelayar web yang popular dan mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik seperti video pop out, Opera turbo, Synchronisation dan banyak lagi. Kini terdapat satu lagi ciri terbaru yang ada pada Opera iaitu VPN. Sebelum ini ariffmac sudah pun terangkan serba sedikit tentang fungsi VPN ini dan kepentingannya.

pop-out-video
Ciri Pop out video Opera lebih kurang sama dengan ciri terbaru Safari Picture in picture di macOS Sierra.

VPN di Opera adalah terbina dalam (built in) jadi anda tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi tambahan atau plug in VPN untuk Opera. Untuk mengaktifkan fungsi VPN ini, anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu di Preferences.

opera-preferences
Preferences Opera.

opera-vpn
Pilih Privacy & security dan tandakan pada kotak VPN.

Setelah anda aktifkan VPN, secara automatik ia telah berfungsi dengan sendirinya. Anda akan dapati terdapat kotak berwarna biru tertulis VPN seperti rajah di bawah. Itu menandakan VPN sudah diaktifkan.

vpn-aktif
Opera VPN aktif.

Anda juga boleh memilih lokasi persembunyian anda ketika melayari internet di Opera.

vpn-lokasi
Pilih lokasi yang diinginkan.

Apa yang lebih menarik adalah VPN Opera ini tidak mempunyai limit data. Jadi anda boleh menggunakan VPN Opera ini sampai bila-bila tanpa risaukan limit data yang digunakan. Dari segi kelajuan internet pula, ariffmac dapati tiada perubahan ketara dirasakan (tidak perlahan) dan sambungan ke internet juga adalah stabil.

Kesimpulan

Aplikasi pelayar web Opera sememangnya terdapat banyak ciri-ciri menarik dan semestinya VPN terbina dalam Opera ini menambahkan lagi keistimewaan aplikasi pelayar web ini. Anda boleh muat turun aplikasi Opera ini  terus dari laman web opera.com. Fungsi VPN ini juga terdapat di aplikasi Opera bagi platfom iOS dan Android.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here