Penyelesai masalah kepada pengguna Mac.

Sebuah firma dari China bernama Kolude telah membangunkan papan kekunci yang akan dapat menyelesaikan masalah berkaitan pelbagai jenis sambungan yang dihadapi pengguna Mac.

Menerusi program Kickstarter, Kolude menghasilkan papan kekunci Kolude KD-K1 Keyhub all-in-one Keyboard.

Papan kekunci aluminium ini dilengkapi dengan 7 sambungan berbeza yang membolehkan pengguna Mac tidak perlu lagi bergantung kepada sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) semata-mata atau membeli aksesori peranti sambungan tambahan lain.

Kolude KD-K1 Keyhub ini menyokong jenis sambungan HDMI, T-Flash (TF), SD, USB 2.0, USB 3.0, PD dan USB-C (Thunderbolt 3).

Kolude KD-K1 Keyhub turut dilengkapi cahaya backlit.

Bagi sambungan USB-C (Thunderbolt 3) pada papn kekunci ini, ia menyokong kelajuan pindahan data sehingga 5Gbps serta menghantar kuasa setinggi 100w.

Ketika ini, papan kekunci Kolude KD-K1 Keyhub ini ditawarkan pada harga istimewa bagi pembelian awal iaitu USD99.00 sahaja (sudah habis ditawarkan).

Tetapi pembeli masih berpeluang mendapatkan papan kekunci ini pada harga USD109.00 sahaja.

Walaubagaimanapun, penghantaran produk dijangka hanya akan dibuat dalam bulan Jun 2020 nanti.

Untuk info lanjut tentang Kolude KD-K1 Keyhub ini , layari laman Kickstarter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here