
Pada November tahun lepas (2016), Apple telah menerbitkan sebuah buku khas yang dikenali sebagai “Designed by Apple California”. Buku tersebut mengandungi foto-foto produk-produk Apple dari tahun 1995 sehinggalah 2015 yang diambil oleh juru gambar terkenal Andrew Zuckerman.
Gambar-gambar yang terdapat di dalam buku tersebut bermula dari iMac Generasi pertama sehinggalah ke Apple Pencil yang merupakan produk terbaru Apple pada tahun 2015.
Berikut adalah senarai penuh produk-produk Apple mengikut turutan yang terdapat di dalam buku tersebut .
iMac
iBook
Apple Cinema Display
Apple Cinema HD Display
Power Mac G4 Cube
Apple Cube Speakers
Apple Pro Mouse
iSub 2000 Subwoofer
Power Mac G4
Titanium PowerBook G4
iPod
iMac G4
eMac
PowerBook G4
iSight
Power Mac G5
Apple Wireless Keyboard
iBook G4
45W Power Adapter
iPod mini
iPod mini Belt Clip
iPod mini Lanyard
iPod In-Ear Headphones
Cinema Display
iPod
iMac G5
iMac G5 with iSight
iPod Socks
iPod shuffle
iPod shuffle Sport Case
iPod nano
iPod Leather Case
iPod
iPod Hi-Fi
MacBook
iPod nano
iPod shuffle
In-Ear Headphones
iPhone
iPhone Headphones
iMac
Apple Keyboard
iPod nano
iPod touch
iPod classic
MacBook Air
iPhone 3G
iPod touch
LED Cinema Display
MacBook Pro
iPod shuffle
iMac
Magic Mouse
MacBook
iPod nano
iPad
iPhone 4
iPhone 4 Bumpers
Mac mini
iPod nano
iPod shuffle
iPod touch
Apple TV
Apple Remote
MacBook Air
iPad 2
iPad 2 Smart Cover
MacBook Pro
MagSafe Power Adapter
Apple EarPods
iPod nano
iPod touch
iMac
iPhone 5s
iPhone 5s Leather Case
iPhone 5c Case
iPhone 5c
iPad mini
iPad mini Smart Cover
iPad Air Smart Case
Mac Pro
iPhone 6
iPhone 6 Plus
Walaupun Apple menyatakan buku tersebut mengandungi produk-produk mereka dari tahun 1998 sehinggalah 2015, tetapi sebenarnya tidak semua produk Apple di antara tahun tersebut dimasukkan ke dalam buku tersebut.
Jika anda perasan, produk seperti Apple Battery Charger yang diperkenalkan Apple pada tahun 2010 dan ditamatkan pengeluaran dan jualannya pada 2016 yang lalu tidak pula terdapat di dalam buku tersebut.

Buku ini sebenarnya telah diterbitkan oleh Apple pada pertengahan bulan November 2016 yang lalu dan ia hanya boleh dibeli menerusi lamn web rasmi Apple sahaja. Apple Malaysia pula menjual buku ini bermula sejak pertengahan tahun ini (kalau tak silap dalam bulan April lagi).
Terdapat 2 pilihan saiz buku ini yang boleh dipilih iaitu yang bersaiz 260×324 mm dan 330×413 mm. Buku ini mengandungi 300 muka surat bercetak dan sebanyak 450 gambar berwarna.
Hanya gambar semata-mata
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang tidak menarik tentang buku terbitan Apple Inc. Apa yang tidak menariknya adalah pada setiap gambar-gambar produk Apple yang terdapat di dalam buku tersebut, tidak pula terdapat info ringkas berkaitan produk-produk tersebut. Semata-mata hanya gambar sahaja.
Jadi buku ini hanya mengandungi gambar-gambar yang cantik tapi tanpa info ringkas menarik yang sepatutnya dimasukkan sama oleh Apple untuk pembacanya lebih mengetahui tentang produk-produk tersebut dengan lebih baik.
Tetapi memang itulah kenyataan kata-kata aluan oleh Ketua Reka Bentuk Apple, Jonathan Ive di dalam buku ini “This is a book with very few words,”
Harga yang amat mahal
Harga jualan buku ini pada pendapat AriffMac amatlah mahal. Harga jualan buku ini bagi saiz 260×324 mm adalah RM949.00. Manakala bagi saiz 330×413 mm pula berharga RM1399.00. Memang mahal!
Jadi patut beli atau tidak?
Secara peribadi, AriffMac memang inginkan sangat buku “Designed by Apple California” ini. Ia memang sesuai bagi para peminat kipas susah mati Apple. Malah ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada peminat dan pencinta buku. Walaubagaimanapun, harganya yang amat mahal itu yang menjadi halangan utama untuk memilikinya.
Tambahan pula, buku ini tidak memberikan sedikit pun info tentang produk-produk yang ada di dalam buku ini. Sesebuah buku sepatutnya memberikan maklumat kepada pembacanya untuk lebih memahami sesuatu gambar terutamanya yang berkaitan dengan produk-produk jualan. Kalau tak banyak pun, sedikit maklumat pun sudah memadai. Bukanlah hanya gambar semata-mata.
Jika anda berminat dengan buku ini, anda boleh dapatkan maklumat tambahan atau membelinya hanya dari laman web Apple sahaja. Kalau ada yang nak hadiahkan, dengan lapang dada AriffMac sudi terimanya 🤣.