Apple mungkin sedang mengemaskini Mac mini untuk barisan produk terbaru tahun 2018.

Mac mini merupakan sebuah komputer meja berkuasa sederhana yang sudah 3 tahun tidak dikemaskini Apple. Kali terakhir ia dikemaskini adalah pada Oktober 2017 yang lalu. Jadi sememangnya sudah agak lama Apple tidak melakukan sebarang perubahan terhadap perkakasan Mac mini.

Walaubagaimanapun CEO Apple Tim Cook baru-baru ini telah membalas e-mel pembaca Macrumors yang bertanyakan tentang perkembangan Mac mini. Menurut dari e-mel yang dibalas tersebut, Mac mini masih lagi dalam barisan produk penting kepada Apple pada masa hadapan.

Cuma buat masa ini Tim Cook menyatakan belum masanya lagi untuk berkongsi tentang perincian maklumat perkembangan Mac mini.  Jadi boleh disimpulkan yang Apple memang sedang merancang untuk mengemaskini Mac mini. Namun begitu tidak pula dapat dipastikan bilakah Apple akan perkenalkan Mac mini terbaru ini.

Tetapi menurut khabar angin, Mac mini akan menjadi sebuah komputer meja berkuasa yang mungkin akan dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Intel Kaby Lake generasi ke 8 dan akan dilengkapi dengan storan jenis SSD yang lebih pantas sebagai standad. Maksudnya Mac mini akan lebih fokuskan kepada pengguna profesional.

Jadi patut beli atau tidak Mac mini ini sekarang?

Dipasaran sekarang terdapat 3 pakej Mac mini dengan spesifikasi berikut:-

Prosessor Prosessor Prosessor
1.4GHz dual-core Intel Core i5 (Turbo Boost up to 2.7GHz) with 3MB on-chip shared L3 cache 2.6GHz dual-core Intel Core i5 (Turbo Boost up to 3.1GHz) with 3MB on-chip shared L3 cache 2.8GHz dual-core Intel Core i5 (Turbo Boost up to 3.3GHz) with 3MB on-chip shared L3 cache
Storan

500GB (5400-rpm) hard drive

Configurable to 1TB Fusion Drive.

Storan

1TB (5400-rpm) hard drive

Configurable to 1TB Fusion Drive or 256GB of flash storage (SSD).

Storan

1TB Fusion Drive

Configurable to 2TB Fusion Drive or 256GB, 512GB or 1TB of flash storage (SSD).

Memori

4GB of 1600MHz LPDDR3 memory

Configurable to 8GB or 16GB.

Memori

8GB of 1600MHz LPDDR3 memory

Configurable to 16GB.

Memori

8GB of 1600MHz LPDDR3 memory

Configurable to 16GB.

Kad Grafik

Intel HD Graphics 5000

Kad Grafik

Intel Iris Graphics

Kad Grafik

Intel Iris Graphics

Harga mengikut spesifikasi carta di atas adalah bermula dari RM2,099, RM 2,999 dan RM4,199. Pembelian Mac mini tidak didatangkan bersama monitor, papan kekunci dan tetikus. Perkakasan tersebut dijual secara berasingan.

Patut beli atau tidak: Mac mini
Sambungan peranti yang terdapat pada Mac mini.

Mac mini bukanlah sebuah komputer yang berkuasa yang sesuai untuk anda menggunakan perisian profesional seperti Final Cut Pro X atau perisian profesional lain. Maksud AriffMac ia bukanlah tidak boleh tetapi tidak sesuai.

Tambahan pula perkakasan yang digunakan sudah lebih daripada 3 tahun tanpa sebarang penambahbaikan. Jadi secara peribadi pembelian Mac mini adalah tidak berbaloi. Tetapi sekiranya anda mahukan Mac dengan harga termurah, sistem operasi komputer yang stabil dan membuat kerja-kerja grafik ringkas dan suntingan video HD, Mac mini lah pilihannya.

 

 

 

 

2 COMMENTS

  1. […] membeli model Mac mini lewat 2014 yang masih dijual sehingga kini. Walaubagaimanapun anda mungkin tidak perlu membeli Mac mini […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here