Hummm… seeloknya…

Berikutan terdapat beberapa pertanyaan daripada beberapa pembaca yang bertanyakan adakah patut mereka membeli model MacBook Pro 13″ 2019.

Jadi ini adalah pendapat dari penulis.

MacBook Pro 13″ 2019

MBP3 13″ 2019 telah pun ditawarkan di Malaysia sejak Ogos 2019 lalu yang dijual pada harga bermula dari RM5,499.00.

Kehadiran model MBP 13″ 2019 ini juga telah menjadi noktah kepada model MBP 13″ 2017 tanpa panel Touch bar.

Bermakna kesemua model MBP 13″ 2019 kini sudah dilengkapi dengan panel Touch Bar dengan cip pemprosesan Intel Quad Core Generasi ke-8.

(Lihat spesifikasi penuh MacBook Pro 13″ 2019)

Perincian tentang perubahan yang dilakukan ke atas MBP 13″ 2019 juga sudah dibuat dalam artikel sebelum ini.

Secara asasnya, Apple telah melakukan naik taraf perkakasan minimum yang telah memberikan sedikit kuasa pemprosesan kepada MBP 13″ 2019.

Malah model MBP itu juga masih agak baru diperkenalkan.

Jadi sepatutnya ia adalah jawapan yang mudah kepada pengguna yang ingin memilikinya.

Walaubagaimanapun…

… Apple tidak melakukan perubahan penting kepada papan kekunci MBP itu di mana ia masih menggunakan papan kekunci bermasalah iaitu butterfly keyboard.

Seperti semua sedia maklum atau kepada yang masih belum tahu, papan kekunci yang digunakan pada semua model komputer riba MacBook 12″ Retina (2015 – 2017), MacBook Air Retina (2018-2019) dan MacBook Pro 13″ dan 15″ (2016 hingga 2019) kesemuanya berdepan dengan masalah papan kekunci.

Ia disebabkan oleh rekaan butterfly papan kekunci itu yang menyebabkan ia mudah memerangkap habuk dicelah-celah ruang kekunci.

Sekaligus menyebabkan pengguna komputer riba Apple sebelum ini telah berdepan dengan isu kekunci yang kerap kali tidak berfungsi dengan sempurna.

Jadi, mengapa nak membeli komputer yang sedia akan bermasalah kepada anda kelak.

(Lihat panduan membersihkan papan kekunci butterfly)

Elakkan beli MBP 13″ 2019

Kenapa penulis menyatakan model MacBook Pro 13″ 2019 tersedia akan memberikan masalah kepada anda?

Ini adalah kerana Apple secara automatik menyatakan MBP 13″ 2019 tersenarai layak dalam program pembaikan dan servis papan kekunci yang telah diwujudkan Apple sejak Jun 2018 dahulu.

Di sini disenaraikan sekali lagi model MacBook, MacBook Air dan MacBook Pro yang layak bagi program servis dan penggantian papan kekunci oleh Apple:-

  • MacBook (Retina, 12-­inch, Early 2015)
  • MacBook (Retina, 12­-inch, Early 2016)
  • MacBook (Retina, 12-­inch, 2017)
  • MacBook Air (Retina, 13-inch, 2018)
  • MacBook Air (Retina, 13-inch, 2019)
  • MacBook Pro (13­-inch, 2016, Two Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13-­inch, 2017, Two Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13-inch, 2019, Two Thunderbolt 3 ports)
  • MacBook Pro (13-­inch, 2016, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13-­inch, 2017, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (15-­inch, 2016)
  • MacBook Pro (15-­inch, 2017)
  • MacBook Pro (13-inch, 2018, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (15-­inch, 2018)
  • MacBook Pro (13-inch, 2019, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (15-­inch, 2019)

Jadi pendek kata, rekaan papan kekunci butterfly MBP 13″ 2019 sebenarnya rekaan yang gagal.

Sekaligus menjadikan model MacBook Pro 13 itu tersenarai sebagai antara produk gagal yang pernah Apple hasilkan dan ditawarkan kepada pengguna mereka.

Kesimpulan

Apa yang penulis dapat simpulkan di sini adalah, anda amat disyorkan supaya menangguhkan dulu hajat bagi membeli MBP 13″ 2019 itu.

Ini kerana terdapat khabar angin menyatakan bahawa Apple berkemungkinan akan memperkenalkan model terbaru MacBook Pro 13″ yang menggunakan rekaan papan kekunci gunting sepertimana model MBP 16″ 2019, seawal dalam bulan Mac 2020.

Atau selewat-lewatnya dalam bulan Jun 2020 nanti.

Malah rekaan baru MBP 13″ 2020 juga dikhabarkan mungkin akan diperkenalkan seperti bingkai skrin yang lebih nipis, lebih ringan dan perkakasan yang dinaik taraf.

Rekaan skrin MBP 13″ 2020 mungkin seperti skrin model komputer riba Dell XPS 13 2020. Kredit: Dell

Tetapi, apakan daya jika anda terlalu terdesak untuk memilikinya…. Pendapat telah diberi, masalah MBP itu juga sudah dimaklumkan.

Kalau nak beli jugak, apa boleh buat. Jadi, fikirlah panjang-panjang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here