Apple mengesahkannya.

Laman Reclaim The Net baru-baru ini telah mendedahkan bahawa data pengguna aplikasi pelayar Safari didapati telah dikongsikan bersama firma Tencent dari China.

Data alamat IP pengguna dikongsikan bersama Tencent berikutan pengenalan ciri “Fraudulent Website Warning“.

Apple menjelaskan seperti berikut di bahagian Safari & Privacy di peranti iOS:-

Setting > Safari > About Safari & Privacy

Before visiting a website, Safari may send information calculated from the website address to Google Safe Browsing and Tencent Safe Browsing to check if the website is fraudulent. These safe browsing providers may also log your IP address.

Tetapan bagi “Fraudulent Website Warning” diaktifkan secara default di peranti iOS.

Tidak diketahui secara jelas bilakah Apple mula menghantar data IP pengguna Safari di iOS kepada pihak Tencent.

Tetapi jika anda khuatir dengan isu ini, anda boleh mematikan ciri tersebut.

Settings > Safari > Fraudulent Website Warning

Sungguhpun Apple memaklumkan ia adalah bagi menjaga keselamatan pengguna daripada melayari sesebuah laman merbahaya.

Tetapi tindakan Apple menghantar data kepada pihak Tencent, firma teknologi yang berpangkalan di Shenzhen, China itu hanya akan menyebabkan pengguna produk mereka semakin meragui akan kesungguhan yang diuar-uarkan Apple bagi menjaga data privasi pengguna mereka selama ini.

Sepertimana yang didakwa Reclaim The Net, perkongsian alamat IP pengguna kepada pihak Tencent akan membolehkan firma China itu mengetahui lokasi pengguna dan mencipta profail khusus bagi setiap pengguna yang dikesan mereka menerusi peranti iOS.

“If Tencent logs the IP address of an iPhone or iPad user through its Safe Browsing service, this information could potentially be used to identify the owner of the device by searching for instances of the IP address across Tencent’s other services.”

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here