Vivaldi, pelayar web alternatif terbaik untuk anda cuba.

Sejak dari pagi sehingga sekarang, ariffmac masih lagi mencuba pelayar web Vivaldi ini. Ia baru saja dilancarkan pada awal pagi tadi bagi versi stabil v1.0. Pada awalnya ariffmac anggap aplikasi ni lebih kurang sama dengan pelayar web yang sedia ada. Tetapi setelah mencuba aplikasi ini, ariffmac dapati ia merupakan sebuah pelayar web yang berbeza.

Terdapat banyak ciri-ciri menarik yang ada aplikasi ini. Antaranya seperti Pin Tab (mula diperkenalkan Apple untuk app Safari), Hibernate Tab, speed dial, paparan panel dengan grafik yang berkualiti dan banyak lagi (sungguh banyak). ariffmac amat menyukai antaramuka Vivaldi yang sofistikated dan rupa premiumnya.

Keistimewaan Vivaldi ini adalah pengguna boleh melakukan setting antaramuka mengikut gaya kesukaan/keselesaan anda. Bila pertama kali anda menggunakan apps ini, memang itulah yang keluar dulu untuk anda setting kan antaramuka Vivaldi mengikut kehendak anda.

Selepas selesai setting antaramuka, anda pasti mahu import bookmark anda ke Vivaldi. Cara import bookmark amat mudah. Di tab Speed Dial, klik butang Bookmarks dan akan keluar paparan seperti rajah di bawah.

Vivaldi boomark
Terdapat 5 pilhan bookmark yang boleh anda pilih yang biasa digunakan.

Jika anda ingin membuat bookmark baru, klik saja pada ikon bookmark dipanel alamat web.

Vivaldi bookmark
Canggih!

 

Anda boleh membuat nota ringkas pada web yang anda suka malah anda juga boleh mengambil screenshot web tersebut dan memasukkan fail (hanya format bergambar sahaja).

note vivaldi

 

Jika hendak buang history pelayar web pula, klik saja pada ikon Trash.

History

Senang cerita, Vivaldi merupakan sebuah pelayar web premium yang menarik, seronok menggunakannya kerana ia berbeza daripada pelayar-pelayar web yang biasa ariffmac pernah gunakan. Walau bagaimanapun…

Yang tak bestnya…

Setelah ariffmac guna semaksimanya aplikasi Vivaldi ini dari pagi sampai ke malam, maka berlakulah juga kemalangan yang diingini. Berjaya akhirnya!

Crash vivaldi
Crash pun engkau.

Selepas daripada itu, ariffmac dapati terdapat beberapa keabnormalan pada app Vivaldi ini. Seperti tak boleh tutup tab, masalah dengan saiz paparan dan beberapa masalah lain lagi.

Kesimpulannya…

Aplikasi Vivaldi ini sebuah aplikasi pelayar web alternatif yang pantas. Terdapat banyak fungsi dan ciri-ciri menarik yang berguna untuk anda. Ia juga menyokong penuh ciri-ciri istimewa yang ada pada Mac OSX El Capitan seperti paparan skrin penuh dan split view.

Namun begitu, ‘bug’ yang terdapat pada Vivaldi sedikit mencacatkan keseronokon ketika menggunakannya. Diharapkan segala bug yang ada tu nanti dapat dibetulkan. Vivaldi masih mempunyai banyak ruang untuk ditambah baik (ye lah baru v1.0 kot)

Apa pun, Vivaldi dah jadi aplikasi pilihan utama ariffmac untuk melayari internet. Jika berminat, anda boleh memuat turun aplikasi ini di vivaldi.com secara percuma. 🙂

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here