Final Cut Pro X di Macbook
Apple mengemaskini perisian suntingan profesional FCPX, Motion dan Compressor dengan pelbagai ciri-ciri terbaru.

Hari ini Apple telah melakukan kemaskini bagi rangkaian perisian suntingan video profesional mereka iaitu Final Cut Pro X, Motion dan Compressor. Ia merupakan susulan daripada kemaskini yang dilakukan terhadap perisian audio Logic Pro X semalam. Kali terakhir FCPX dikemaskini adalah pada bulan Disember 2016 yang lalu.

Versi terbaru FCPX ini kini dilengkapi dengan Magnetic Timeline 2, fungsi panel Touc Bar di MacBook Po, lebih banyak sokongan kepada pelbagai jenis format video dan banyak lagi. Untuk FCPX 10.3.2 pula lebih banyak penambahbaikan dilakukan serta kelemahan diperbaiki.

FCPX-10.3.2

Perisian Motion pula adalah perisian yang lebih mengkhususkan kepada para editor video bagi menghasilkan grafik animasi dan kesan khas. Versi terbarunya adalah Motion 5.3.1. Berikut adalah kemaskini yang ada pada versi terbaru Motion :-

Motion-5.3.1

Begitu juga bagi perisian Compressor, Apple melakukan penambahbaikan pada perisian tersebut. Compressor merupakan perisian yang memudahkan editor video melakukan penukaran format video kepada pelbagai jenis format video yang lain. Berikut adalah kemaskini terbaru yang terkandung dalam Compressor :-

Compressor-4.3.1

Ketiga-tiga perisian ini sememangnya tidak asing lagi kepada para editor video profesional. Jika berminat anda boleh membeli dan memuat turun 3 perisian ini dari App Store. FCPX berharga RM1299.90 manakala Motion dan Compressor berharga RM199.90 setiap satu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here