Berkaitan isu peranti tidak boleh dihidupkan.

Apple hari ini telah memulakan program pembaikan bagi sebahagian model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang didapati terkesan dengan isu kegagalan peranti daripada dihidupkan.

Apple menyatakan, iPhone yang terjejas adalah yang model yang dikilangkan antara Oktober 2018 hingga Ogos 2019.

Jadi, jika anda dapati model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus didapati terjejas dengan isu ini, anda layak mendapatkan pembaikan percuma daripada mana-mana pusat servis sah Apple.

Bagi mereka yang sudah membayar kos pembaikan kerana isu ini dari pusat servis sah Apple, anda boleh dapatkan semula pembayaran yang dibuat itu.

Anda boleh menyemak sama ada model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus anda layak atau tidak untuk program pembaikan percuma ini di laman sesawang Apple Support dengan memasukkan nombor siri iPhone anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here