Cara memfailkan tuntutan tribunal pengguna terhadap Apple.

Seorang pengguna Apple bernama Syazwan Azmi telah berkongsikan cara bagaimana beliau memfailkan tuntutan tribunal pengguna terhadap Apple.

Tuntutan tersebut dibuat ke atas komputer riba Apple Macbook Air 2020 yang dimiliki beliau.

Bagi yang belum sedia maklum, model komputer riba Macbook Air 2020 memang mempunyai beberapa isu seperti papan kekunci dan papan litar utama.

Isu ini berlaku pada kebanyakkan pengguna MacBook Air. Tapi seperti biasa Apple lambat respon atau akan mengambil masa untuk mengaku silap mereka seterusnya menawarkan program penggantian atau baik pulih yang biasa mereka lakukan terhadap produk-produk mereka.

Jadi mengetahui hak beliau sebagai pengguna, Syazwan telah memfailkan kes tuntutan terhadap Apple menerusi Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia.

Menurut beliau, kes tuntutan beliau mengambil masa lebih daripada sebulan untuk diambil tindakan.

Berikut adalah proses pemfailan kes hingga MacBook Air beliau diambil oleh pihak kurier untuk dihantar kepada pihak Apple Malaysia sepertimana yang dikongsikan Syazwan Azmi di laman Mac User:-

  • 1/12/2020 fail kes tuntutan.
  • 2/12/2020 approved.
  • 8/12/2020 hantar borang secara serahan tangan di pejabat Apple Malaysia (seeloknya hantar melalui Pos Akuan Tangan).
  • 22/12/2020 Dapat Maklumbalas positif daripada wakil Apple.
  • 23/12/2020 Wakil Apple Singapore telefon untuk maklumat refund and return.
  • 5/1/2021 Duit refund dapat.
  • 9/1/2021 wakil courier Apple datang pickup laptop.
Perkhidmatan kurier DHL tiba pada 9 Jan 2020 mengambil MacBook Air beliau untuk dipulangkan kepada Apple. Kredit: Syazwan Azmi

Tambah beliau, sepanjang proses tuntutan berjalan lancar dengan kerjasama yang baik diberikan oleh pihak Apple.

“… dalam Malaysia ada organisasi yang membantu untuk menegakkan keadilan antara pembeli dan penjual cuma bergantung kepada rezeki masing-masing jika pihak penentang mempermudahkan urusan tuntutan tanpa perlu menunggu tarikh pendengaran kes maka urusan tuntutan tidak begitu rumit.” Syazwan Azmi.

Untuk ketahui lebih lanjut cerita beliau membuat tuntutan terhadap Apple dan apa masalah yang dihadapi oleh beliau dengan MacBook Air tersebut, jom tonton video yang beliau kongsikan di saluran YouTube Syazwan Azmi.

P/s: Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Syazwan Azmi kerana memberi izin untuk berkongsikan pengalaman beliau di laman AriffMac.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here