Beliau juga pencipta fungsi Search dan Replace.

Semalam, media melaporkan, individu yang bertanggungjawab mencipta fungsi ‘Cut‘, ‘Copy‘ dan ‘Paste‘ telah meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Tokoh yang bernama Larry Tesler itu juga merupakan pencipta fungsi ‘Search’ dan ‘Replace’.

Ia dimaklumkan oleh Xerox menerusi Twitter, syarikat yang pernah beliau bekerja di awal kariernya.

Pada tahun 1979, beliau masih bekerja di Xerox Palo Alto Research Center (PARC), membangunkan reka bentuk grafik antaramuka yang mesra pengguna.

Komputer Xerox Alto.

Sehinggalah Steve Jobs mempelawanya untuk bekerja dengan Apple apabila melihat potensi hasil kerjanya itu.

You’re sitting on a gold mine! Why aren’t you doing something with this technology? You could change the world!” Steve Jobs.

Dengan kehadiran Tesler pada tahun 1980 di Apple, beliau telah membantu Apple menjadi syarikat komputer pertama yang hadir dengan sistem antaramuka grafik.

Fungsi Cut, Copy dan Paste mula dimuatkan ke dalam sistem komputer Lisa pada tahun 1983 dan seterusnya sistem Macintosh pada tahun berikutnya.

Selepas bertugas selama 17 tahun sehingga dilantik sebagai ketua saintis, beliau akhirnya meninggalkan Apple pada tahun 1997.

Selain Xerox dan Apple, beliau juga pernah bekerja dengan Amazon pada 2001, Yahoo pada 2005 dan kemudiannya bersama Western Union.

Sumber: CNN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here