Lazada Apple
Pendapat saya tentang LAZADA menjadi Apple Authorised Retailer.

oleh Tuan Haji Ismail Ahmad.

Saya berpendapat ini adalah Langkah yang tidak bijak dari Phil Schiller, Apple Inc. Senior Vice President – Worldwide Marketing dan secara langsung atau tak langsung jatuh juga kepada CEO Apple, Tim Cook.

Langkah ini bagaikan imbasan kembali ketika Gil Amelio menjadi CEO Apple (1996 – 1997, turut pernah menjadi penasihat kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika pembangunan Malaysia Multimedia Super Corridor, MSC pada tahun 1996).

Akibat daripada tekanan jualan PC selepas pelancaran Windows 95 pada masa itu, Gil Amelio telah mengizinkan Computer City, Comp USA, Circuit City dan banyak lagi bulk retailer pada ketika itu menjual komputer yang dihasilkan Apple.

 klon Macintosh
StarMax 3000/160MT, klon Macintosh yang dikeluarkan oleh Motorola.

Yang menjadikan lagi Apple lebih bermasalah adalah keputusan John Sculley, CEO Apple (1983  – 1993) sebelum Gil Amelio telah melesenkan macOS kepada pihak ketiga (klon).

Terlalu banyak untuk disenaraikan di sini tapi yang berjaya bertahan adalah seperti Power Computing, Daystar, Motorola dan Umax.

Mereka ini telah menawarkan Mac PPC (PowerPC) dengan harga yang jauh lebih murah terutamanya dari Power Computing dan Umax. Malah spesifikasi PPC yang dijual mereka adalah lebih tinggi dari spesifikasi PPC yang dikeluarkan Apple sendiri dan mendapat hasil jualan yang lebih besar dari Apple Computer sendiri. A move that bled Apple.

Windows 95 dilancarkan oleh Microsoft dengan kehendak para pengguna setelah kegagalan Windows 3. Pengurusan Windows yang lebih baik, sistem operasi 32-bit, pre-emptive multitasking dan paling penting ia menggunakan cip pemprosesan dari Intel dan kemudian AMD secara natif.

Penggunaan cip pemprosesan Intel sebenarnya telah mendapat perhatian Steve Jobs semasa beliau dibuang dari Apple pada 1985. Selepas dibuang dari Apple, beliau telah  membuka syarikatnya sendiri yang dikenali sebagai Next.

Dunia akan tahu dalam tempoh 6 tahun akan datang betapa signifikan fakta ini dari Steve Jobs. Sementara itu Classic Mac OS masih lagi di tahap lama dengan singular, multitasking (cuba buka banyak perisian, mahu keluar bomb).

Kredit foto: ZDnet

Masalah di outlet retail ni, pekerja mereka tidak dilatih untuk menjual komputer Apple pada ketika itu(tiada online masa itu). Jadi, mereka lebih selesa menjual Windows tambahan pula harga PC Windows jauh lebih murah berbanding komputer Apple.

Bermula dari Windows 95, Microsoft telah menjajakan ia sebagai ‘computer for everyone’. Bayangkan seorang ayah yang progresif pada masa itu ingin membeli PC untuk dirinya dan 3 orang anakny. Dengan harga Mac Classic PPC yang amat tinggi, sudah pastinya ia memilih Windows – to get the job done?

Sambil itu unit peragaan di stor-stor ini juga tidak dijaga dengan baik, system bomb, crash, tak hidup dan paling menyedihkan Apple tidak diberi SKU (stockkeeping unit) yang lebih prominen. Biasanya komputer-komputer Apple tersebut hanya di letak dibelakang stor sahaja.

Satu pemeriksaan ke atas peruncit-peruncit tersebut telah menyebabkan Steve Job berkata ‘retailers are idiots’. Itu adalah bunga-bunga kepada kemunculan Apple Store…

Kempen promosi Windows 95 di perkukuhkan dengan penggunaan lagu dari kumpulan muzik rock berpengaruh, Rolling Stone dengan lagunya ‘Start Me Up‘.

Pihak Microsoft telah membeli hak kepada lagu ini semasa pelancaran Windows 95 pada 24 August 1995. Pengacara tv popular Jay Leno juga digunakan bagi tujuan promosi pada hari pelancaran tersebut bagi membantu menanam ideologi bahawa sesungguhnya Windows 95 adalah komputer untuk semua orang.

Usaha dari Microsoft itu telah menjadikan ia sebagai satu kempen pengiklanan yang terbesar ketika itu yang dibuat oleh sebuah syarikat komputer. Dilaporkan bahawa Microsoft telah membelanjakan lebih daripada USD200 juta pada tahun 1995 bagi mempromosikan Windows 95. Hinggalah datang iklan Superbowl…tapi itu cerita untuk lain masa.

Berbalik kepada Classic Mac OS pada ketika itu yang bermula dengan System 6 (pedih jiwa nak mengguna) hinggalah yang terakhir Classic OS 9, Motorola dan Apple masih gagal menghasilkan cip pemprosesan dengan kuasa yang melebihi 1GHZ sehinggalah Motorola bertukar menjadi Freescale pada tahun 2004.

Pada masa itu (1998) Steve Jobs telah dipanggil kembali kepada Apple setelah syarikat tersebut mengalami kerugian berjuta-juta dolar kerana inventori yang tidak terjual.

Jadi, langkah pertama Steve Jobs sekembalinya beliau ke Apple Computer pada ketika itu adalah mematikan projek yang tak tentu tujuan (seperti Newton) dan membatalkan lesen-lesen klon kepada syarikat-syarikat yang telah diberikan hak sebelum ini.

Pada masa yang sama juga dengan pasukan dari Next, beilua telah berjaya mencipta iMac Bondi Blue pertama dan melancarkannya pada 15 August 1998 – and the rest is history.

Itu mukadimahnya.

Should I buy from LAZADA?

Kembali kepada tajuk asal, ‘LAZADA menjadi Apple Authorised Reseller’. Saya rasa perkara ini akan berbalik kepada Apple Inc. kerana sejarah dengan klon dan peruncit pihak ketiga kembali berulang.

LAZADA adalah virtual store tanpa sebarang stor fizikal dan mana-mana stor fizikal yang ada semuanya kepunyaan vendor. Setiap produk Apple yang mereka jual tiada bezanya dari syarikat seperti HP, Lenovo dan sebagainya.

Authorised tidak bermakna mereka ada ada menyediakan perkhidmatan Service & Repair kerana saya yakin ini bukan satu jalan yang ingin di ambil oleh LAZADA.

Tambahan pula, LAZADA sebagai sebahagian dari kumpulan AliBaba yang gergasi, jadi apalah sumbangan Apple kepada keuntungan AliBaba dengan diskaun yang diberikan.

Rasional saya, kalau nak beli produk Apple secara online sentiasa boleh beli dari Apple Online Store, sama ada dari laman web rasmi Apple ataupun dari aplikasi Apple Store yang boleh dimuat turun di peranti iOS.

Di sini anda boleh customise dan ada juga diskaun jika membeli dari Apple Education Store. Walaupun mungkin diskaun yang diberi tak sebanyak LAZADA, tapi saya rasa ia berbaloi for peace of mind. Lagipun banyak kebaikan jika ada rekod pembelian dari Apple Store – itu cerita lain untuk lain masa.

Pengalaman saya membeli barang selain daripada barangan elektonik melalui LAZADA, mereka kena berusaha 1000% lagi baik untuk menyakinkan saya. Mop yang sampai patah, bantal yang sampai koyak dan barangan tak sampai terus pun ada.

Ya, mungkin saya berbunyi seperti berat sebelah, tapi itulah hakikatnya. Belum cerita barangan yang diguna tak sampai 3 bulan dah rosak. Haiisssh macam-macam lagi.

Jadi, kesimpulannya buat masa ini Apple Online masih menjadi pilihan saya jika mahu membeli produk-produk Apple secara atas talian. Diskaun tak bermakna jika apa yang dapat hanya sakit hati. 😣

 

Artikel ini adalah hasil tulisan Tuan Haji Ismail Ahmad yang telah dikongsikan beliau di Group Facebook Mac User. Penerbitan artikel ini di AriffMac.com adalah dengan keizinan dari beliau sendiri. Tuan Haji Ismail Ahmad merupakan seorang peminat tegar Apple Inc. yang berpengalaman menggunakan Mac lebih daripada 20 tahun. Selain itu beliau juga seorang yang pakar dalam selok belok perkakasan dan perisian-perisian yang berkaitan dengan macOS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here