iMac Pro mouse
My take on the iMac Pro setelah beberapa hari membaca pelbagai sumber yang ada dalam internet…
  • oleh Tuan Haji Ismail Ahmad

“Pro hanya pada nama. Tidak ada satu benda yang Pro tentangnya. RAM yang hanya boleh di ganti di AASP (Apple Authorized Service Providers), storan walaupun sebesar 4TB, pastikan anda ada backup yang sama besar dengannya kerana ia menggunakan bagaikan RAID setup – rosak salah satu storan, data tidak dapat diselamatkan – macam RAID 0 setup biasa.”

Harga iMac Pro
iMac Pro boleh dikonfigurasi perkakasan dan perisiannya yang boleh menjadikan harganya mencecah lebih daripada RM60,000! Kredit imej: Apple

Itu dua yang baru saya dapat kumpul info. Tapi kalau hang duit makin gali, makin banyak dapat atau duit jenis jatuh dari langit, apa ada hal.

Tapi bagi rakyat marhain dengan 20K harga pembelian asas iMac Pro, baiklah buat Hackintosh dengan X99 dan i9 CPU, sambung pada 2 x 32″ UHD display, biar sakit tengkuk nak swipe dari kiri ke kanan.

Bermula dengan model iMac 2009 yang tidak boleh ganti sembarangan HDD, MacBook 12″ dengan satu port untuk serba-serbi hinggalah MacBook Pro Retina 2016 – 2017 dengan RAM dan storage yang solder on board. Bagaikan Apple menggunakan data pengguna sebagai tebusan. Adooooooiyai Apalah Apple, ni makin maju makin bodoh. 😤

 

Artikel ini adalah pendapat peribadi Tuan Haji Ismail Ahmad yang telah dikongsikan beliau di Group Facebook Mac User. Penerbitan artikel ini di AriffMac.com adalah dengan keizinan dari beliau sendiri. Beliau merupakan seorang peminat tegar Apple Inc. & berpengalaman menggunakan Mac lebih daripada 20 tahun. Selain itu, beliau juga adalah seorang yang pakar dalam selok-belok perkakasan dan perisian-perisian yang berkaitan dengan sistem operasi macOS.

Penafian bahawa artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi AriffMac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here