Reka bentuk ikon tersebut memberikan gambaran desain iPad Pro 2018 tiada lagi butang kembali dan bingkai yang lebih lengkung.
Laman web 9to5Mac hari ini telah mengkongsikan penemuan terbaru reka bentuk iPad Pro 2018 yang akan dilancarkan beberapa hari sahaja lagi oleh Apple di acara khas “There’s more in the making”.
Penemuan desain ikon di dalam sistem peranti iOS tersebut menunjukkan rekaan iPad Pro 2018 tiada lgi butang kembali serta rekaan bingkai yang lebih lengkung dan nipis serta tiada rekaan takuk sepertimana iPhone XS.
Desain ikon tersebut sebenarnya telah ditemui dalam sistem iOS versi beta ke 5 sebelum ini. Cuma desain ikon terbaru ini memberikan gambaran yang lebih jelas desain iPad Pro 2018.



















