Pengalaman kali pertama menggunakan Mac
Tetiba nak bercerita pasal iMac pulak sebab…
Untuk pengetahuan anda, dalam bulan Ogos inilah iMac mula dipasarkan ke seluruh dunia pada tahun 1998 dahulu. iMac merupakan produk pertama Apple yang diperkenalkan oleh mendiang Steve Jobs di Apple Special Event pada bulan Mei 1998, setelah beliau kembali menerajui Apple Computer (kini Apple Inc.) sebagai CEO. iMac merupakan pelopor komputer kepada penggunaan internet. Steve Jobs menyatakan iMac “The excitement of the internet. The simplicity of Macintosh“. Malah iMac ini jugalah merupakan produk yang menyelamatkan syarikat Apple Computer yang hampir musnah.
ariffmac pertama kali menggunakan Macintosh adalah di iMac Bondi blue 15″ pada tahun 2001 semasa praktikal sebagai pereka grafik di DNO Design kat Loq Staq, Kedah. Masa tu belajar peringkat diploma di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR, kini dah jadi UNITAR) cawangan Alor Setar dalam bidang Teknologi Maklumat. Jadi bila pertama kali tengok iMac secara live je terus terpegun! ariffmac masih ingat lagi kat opis masa tu cuma ada sebiji Apple iMac je berwarna biru. Kali pertama bertentang mata terus terpikat. Terus pasang niat esok pagi, hari pertama praktikal kena datang awal sebab nak pakai iMac tu.
Jadi esok paginya pun ariffmac datanglah awal ke opis. Kunci opis bos bagi pegang jadi boleh buka opis. Sampai je opis terus sambar iMac tu pasangkan plug. Kemudian…termenung lama, tercari cari, meraba-raba, belek punya belek tapi…tang mana pulak menatang butang ON iMac ni? Lepas setengah jam tak jumpa…ok give up. Pakai jelah komputer HP tu. Design banyak nak kena buat…hampeh tol. Hangin satu badan sebab tak jumpa butang ON iMac tu.
2 jam kemudian, kalau tak silap dalam pukul 10.30pagi, staff lagi seorang pun sampai. Dia terus ke iMac tu. Sambil sedang buat desain grafik, ariffmac perhati je brother kat iMac tu. Dia hidupkan iMac tu…berjaya!. Rupa-rupanya butang ON iMac kat depan iMac tu je. Kenapalah aku tak nampak…adoyai.
iMac biru itulah Mac pertama yang ariffmac gunakan. Memang perasaan guna komputer terus berubah. Rasa lebih seronok, puas hati, mata pun tak sakit tengok skrin lama-lama. Perisian yang ariffmac gunakan di iMac pada masa tu adalah Adobe Illustrator, Photoshop, Page Maker (dah takde, digantikan dengan In Design) dan Quark Express.
Walaubagaimanapun, sepanjang ariffmac menggunakan iMac tersebut, terdapat beberapa isu yang agak menjengkelkan. Antaranya adalah berkaitan dengan tetikusnya. Rekaan tetikus (mouse) iMac yang lebih dikenali sebagai ‘hockey puck’ merupakan antara revousi rekaan tetikus yang dihasilkan oleh Apple. Dari segi reka bentuknya memang menarik, cantik dipandang tapi dari segi fungsi dan mesra pengguna adalah tidak sama sekali. Saiznya yang terlalu kecil memang susah nak pegang dan kawal penunjuk tetikus. Memang buat orang marah. Maka tak hairanlah tetikus iMac ni tersenarai sebagai Worst Apple Products Ever.
Tetikus Apple pada masa itu masih hanya boleh menggunakan satu klik sahaja (takde right click), meskipun ia merupakan tetikus pertama yang menggunakan sambungan USB (plug n play).
Selain itu, iMac tersebut sangat mudah panas. Senang cerita, kalau nak guna iMac tu kena dalam bilik air-cond. Tapi malangnya opis tempat praktikal masa tu takde air-cond. Hanya ada kipas aje. Jadi kipas yang sepatutnya ditala kat orang, sebaliknya ditala ke arah iMac tu. iMac pada asalnya menggunakan cip kuasa pemprosesan Power PC G3 dari Motorola. Isu cip yang mudah panas daripada Motorola ini adalah antara penyebab kenapa Apple berhijrah kepada Intel.
Lagi satu masalah iMac tu adalah ia memang mudah ‘hanging’ yang membuatkan ariffmac hangin satu badan. Belum sempat nak save projek, iMac tu boleh ‘hang’ pulak. Terpaksa OFF terus plug iMac (bukan properly shut down). Ini semua berpunca daripada penggunaan perkakasan RAM yang tidak sah. Bos beli RAM untuk PC, bukan RAM original Apple untuk Mac. Jadi memang peninglah iMac tu. Apa yang dilakukan untuk hilangkan pening iMac tu adalah dengan mencabut RAM iMac bagi sejuk, kemudian baru pasang balik. Kalau tak boleh juga, tukar pulak dengan RAM yang lain sampai okay. Kalau tak silaplah, ada 3, 4 keping RAM standby untuk iMac tu. Sambil marah iMac, sempat jugak marah bos sebab terpaksa design balik….
Selepas daripada itulah ariffmac tanam azam untuk mempunyai iMac sendiri satu hari nanti yang akhirnya tercapai. Apabila dapat sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda (Seni Kreatif) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2005, ayah emak belikan ariffmac iMac G5 with iSight, 17″ (generasi terakhir iMac yang menggunakan pemprosesan Power PC dari Motorola). Puas guna iMac G5 tu dari 2005 sehinggalah 2014. Selepas daripada itu iMac G5 tu dah mula bermasalah. Sekarang tinggal dalam stor je. Hanya tetikus dan papan kekuncinya sahaja yang masih bertahan dan ariffmac masih gunakan sehingga kini. Harap sangat nak hantar baik pulih supaya iMac G5 tu dapat berfungsi semula seperti di era kegemilangannya suatu ketika dulu….
P/s: Terima kasih kepada emak dan ayah sebab banyak berkorban untuk anakmu….dan adik-adikku sayang yang banyak abang korbankan harta benda, mainan korang

Tinggalkan Komen