Penulis

ARIFF BUKHARI merupakan anak sulung daripada 5 adik beradik. Beliau amat meminati bidang industri kreatif terutamanya yang berkaitan dengan teknologi video dan audio.

Beliau juga amat meminati bidang teknologi komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan terbaru teknologi yang pesat berubah saban hari.

Beliau merupakan peminat tegar produk-produk keluaran Apple. Inc, khususnya Macintosh yang menyebabkan beliau menghasilkan laman web khas ini dengan tujuan untuk berkongsi berita-berita terbaru dari Apple, tips-tips berkaitan dengan sistem operasi yang dibangunkan Apple, review aplikasi dari pihak ketiga dan banyak lagi.

Pengalaman beliau selama lebih daripada 15 tahun menggunakan produk Apple terutamanya komputer Macintosh dikongsikan bersama para pengguna Mac.

Antara Mac yang pernah digunakan beliau adalah Power Mac G5, Mac Pro dan iMac G5. Kini beliau menggunakan Mac Mini model lewat 2012 (macOS Sierra), MacBook Pro 13″ model pertengahan 2009 (OS X El Capitan) dan MacBook Pro Retina 15″ model pertengahan 2012 (macOS 10.14 Mojave vDeveloper).

Berkelulusan Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR, 2000 – 2001), Ijazah Sarjana Muda Seni kreatif dan Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang teknologi kesan khas visual filem dari Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah, (UMS, 2005 – 2013).

Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai Pensyarah Sambilan di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Jabatan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim Perak, Pensyarah Sambilan di Pusat Pengajian Teknologi Mutimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah dalam bidang penyiaran dan Tutor Sambilan di Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah (kini dikenali sebagai Fakulti Kemanusiaan Seni & Warisan) dalam kursus teknologi video dan audio.