Buat pertama kalinya…

Malwarebytes Labs telah menerbitkan satu laporan bertajuk 2020 State of Malware Report baru-baru ini.

Laporan tersebut adalah hasil daripada set data terkumpul dari pelbagai sumber termasuklah dari produk telemetri, honey pots dan penyelidikan serta analisis yang dijalankan oleh pakar-pakar keselamatan Malwarebytes.

Daripada set data terkumpul itu, Malwarebytes Labs mendapati serangan siber terhadap pengguna Mac telah meningkat secara drastik dari tahun ke tahun.

Peningkatan itu dilihat meningkat sehingga mencecah lebih daripada 400% pada tahun 2019 berbanding 2018.

Serangan terhadap Mac itu melibatkan 2 kategori perisian hasad utama iaitu adware dan Potentially Unwanted Programs aka PUPs (contoh PUPs adalah seperti aplikasi MacKeeper dan MacBooster).

Berikut adalah senarai 10 adware dan PUPs yang dikesan paling banyak menyerang Mac (pengguna umum dan bisnes) menurut Malwarebytes Labs 2019 lalu:-

Berikut pula adalah senarai perisian hasad yang lebih merbahaya yang dikesan banyak menyerang pengguna Mac sepanjang 2019 lalu menurut Malwarebytes Labs.

Perisian-perisian hasad merbahaya ini adalah seperti backdoors, cryptominers, dan spyware.

Daripada analisis Malwarebytes Labs, mereka menyimpulkan bahawa peningkatan serangan adware dan PUPs terhadap macOS adalah meningkat berbanding terhadap pengguna Windows.

Aktiviti meragukan bagi mengeksploitasi sistem fail macOS juga meningkat dari tahun ke tahun yang sentiasa berevolusi dan semakin sofistikated bagi mengelakkan ia dari dikesan oleh ciri keselamatan macOS.

Oleh itu pengguna Mac amat disyorkan supaya mengaktifkan ciri kemas kini automatik macOS bagi memastikan sistem macOS mereka sentiasa dikemas kini dan terlindung daripada cubaan serangan siber.

System Preferences > Software Update > Advanced.
XProtect, ciri anti-malware terbina dalam macOS sentiasa dikemas kini disebalik tabir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here