Jangan bersedih tetapi bersyukurlah pengguna Catalina…

Hari ini adalah hari gembira buat para pengguna komputer Apple Macintosh yang menyokong versi terbaru macOS iaitu macOS Big Sur.

Big Sur pastinya memberi sedikit kesan pada perasaan pengguna Mac terdahulu di mana model Mac mereka sudah tidak lagi menyokong versi macOS terbaru tersebut.

Tetapi jangan kecewa pengguna Catalina. Ini kerana Apple tidak melupakan anda dengan penawaran kemas kini tambahan macOS Catalina 10.15.7 yang dilepaskan baru-baru ini.

Menurut Apple, kemas kini tersebut adalah bagi menambah baik ciri keselamatan macOS.

Sebenarnya terdapat 2 versi kemas kini bagi pengguna macOS Catalina 10.15.7. Pertamanya adalah kemas kini tambahan biasa untuk semua pengguna Catalina.

Satu lagi adalah kemas kini khusus bagi pengguna iMac model iMac (Retina 5K, 27″, 2020) yang dilengkapi cip grafik Radeon Pro 5700 XT.

Kemas kini tersebut dikenali sebagai macOS 10.15.7 Supplemental Update (Delta).

Apple menyatakan bahawa kemas kini tersebut adalah bagi memperbetulkan isu sambungan rangkaian Wi-Fi dan isu iCloud Drive serta isu grafik pada iMac Retina 5K, 27″,model 2020.

Kedua-dua fail kemas kini ini boleh dimuat turun secara berasingan di laman rasmi macOS 10.15.7 Supplemental Update bersaiz 1.22GB dan macOS 10.15.7 Supplemental Update (Delta) yang bersaiz 2.86GB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here