
Bagi mencegah daripada terjadinya masalah tetapan lokasi.
Jika anda pengguna iPhone atau iPad model terdahulu dan secara tiba-tiba anda dapati peranti anda berdepan masalah pencarian atau tetapan lokasi GPS, itu bermakna peranti anda masih menggunakan versi iOS terdahulu.
Jadi bagi memperbetulkan isu ini, anda diminta mengemas kini peranti tersebut kepada versi iOS 10.3.4 atau iOS 9.3.6
Apple sudah memaklumkan bahawa tepat jam 12.00 tengah malam, 3 November 2019, beberapa model iPhone dan iPad yang diperkenalkan pada tahun 2012 atau sebelumnya akan memerlukan pembaruan iOS untuk mengekalkan ketepatan ciri lokasi GPS pada peranti-peranti tersebut.
Ia berikutan isu ‘rollover‘ masa GPS yang mula memberi kesan pada perkakasan yang mengaktifkan GPS dari pengeluar lain pada 6 April 2019.
Berikut adalah versi iOS yang diperbaharui berdasarkan peranti yang terjejas:-
| iOS 10.3.4 | iPhone 5 iPad (generasi ke-4) Wi-Fi + Selular |
| iOS 9.3.6 | iPhone 4s iPad mini (generasi ke-1) Wi-Fi + Selular iPad 2 Wi-Fi + Selular (hanya model CDMA) iPad (generasi ke-3) Wi-Fi + Selular |
iPod touch atau semua model iPad yang hanya menggunakan sambungan Wi-Fi tidak terjejas dengan isu ini. Versi iOS terbaru juga tidak terkesan dengan isu ini.












