App Store

Pembangun mengaut untung mudah dengan menawarkan “fleeceware“.

Ramai pengguna peranti iOS dan Android telah terpedaya dengan aplikasi-aplikasi percuma yang ditawarkan di dalam Apple App Store dan Google Play Store.

Ini kerana, terdapat aplikasi-aplikasi yang pada mulanya menawarkan muat turun secara percuma yang boleh digunakan dalam tempoh terhad.

Tetapi selepas tamat tempoh tersebut, pengguna mula dicaj menerusi kad kredit atau debit yang dimasukkan ketika mereka mendaftar untuk memuat turun aplikasi tersebut.

Aplikasi-aplikasi seperti ini diklasifikasikan sebagai “fleeceware“. Ia sah kerana ia bukanlah aplikasi malware/adware atau palsu.

Sebaliknya pembangun memanipulasi aplikasi yang dibangunkan mereka dengan mengambil kesempatan menerusi penawaran secara percuma kepada pengguna.

Tetapi kemudiannya mengaut untung menerusi servis langganan dari kad kredit/debit penggunanya selepas tamat tempoh percumanya.

Isu ini berlaku kerana pengguna menganggap mereka telah membatalkan pendaftaran aplikasi tersebut dengan hanya membuang aplikasi itu dari peranti mereka.

Walhal mereka tidak melakukan proses pembatalan sempurna untuk tidak lagi melanggan servis aplikasi tersebut.

Uninstalling the app will not cancel your subscription.” Google.

Disebabkan itulah tanpa disedari pengguna, kad kredit/debit mereka telah dicaj bagi membayar langganan yang mereka sangkakan telah dibatalkan.

Berdasarkan data dari laman Sensor Tower, setakat bulan Januari 2020 sahaja, anggaran keuntungan mudah yang dikaut oleh pembangun dari 32 aplikasi adalah lebih daripada USD4.5 juta.

Kredit: Sophos

Jadi, sekiranya anda ada melanggan aplikasi-aplikasi tersebut, janganlah hanya sekadar membuang ia dari peranti sahaja. Sebaliknya lakukan proses pembatalan langganan terhadap servis aplikasi itu secara sempurna.

Berikut adalah cara untuk membatalkan langganan servis aplikasi-aplikasi bagi pengguna iPhone, iPad atau iPod touch sepertimana panduan yang diberikan Apple:-

  1. Open the Settings app. 
  2. Tap your name. 
  3. Tap Subscriptions. (If you don’t see “Subscriptions,” tap “iTunes & App Store” instead. Then tap your Apple ID, tap View Apple ID, sign in, scroll down to Subscriptions, and tap Subscriptions.)

4. Tap the subscription that you want to manage. Don’t see the subscription that you’re looking for?

5. Tap Cancel Subscription. If you don’t see Cancel Subscription, the subscription is already canceled and won’t renew.

Ini pula adalah cara membatalkan langganan servis aplikasi-aplikasi bagi pengguna peranti Android sepertimana panduan yang diberikan Google:-

  1. Go to play.google.com.
  2. Check if you’re signed in to the correct Google Account.
  3. On the left, click My subscriptions.
  4. Select the subscription you want to cancel.
  5. Click Manage > Cancel Subscription.

(If you have a subscription with an app and it gets removed from Google Play, your future subscription will be canceled. Your past subscriptions will not be refunded.)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here