Kos selenggaraan dan sokongan juga jauh lebih jimat berbanding penggunaan Windows.

IBM mendedahkan, pekerja mereka yang menggunakan komputer Apple Macintosh adalah lebih produktif dan berpuas hati dengan hasil kerja harian mereka.

Ia didedahkan oleh Fletcher Previn, CIO, IBM di persidangan 2019 Jamf Nation User Conference (JNUC) yang berlangsung baru-baru ini.

…employees who use Mac are more likely to stay with IBM and exceed performance expectations compared to PC users.

Hasil daripada program yang dijalankan oleh IBM itu mereka mendapati 22% pekerja mereka yang menggunakan Mac lebih baik prestasi kerjanya berbanding pekerja yang menggunakan Windows.

Malah pencapaian jualan bernilai tinggi bagi pekerja yang menggunakan Mac adalah 16% lebih banyak dari Windows.

IBM juga menyatakan, pengguna Mac adalah lebih gembira menggunakan perisian pihak ketiga yang disediakan oleh IBM dan hanya 5% pengguna Mac sahaja yang meminta perisian tambahan berbanding 11% oleh pengguna Windows.

Tidak setakat itu, IBM turut mendapati penggunaan sistem operasi macOS adalah jauh lebih menjimatkan.

Ini kerana, mereka hanya perlukan 7 orang jurutera teknikal sahaja bagi menyokong 200 ribu komputer Mac. Ia jauh berbeza dengan penggunaan sistem Windows di mana ia memerlukan seramai 20 jurutera teknikal bagi menyokong 200 ribu komputer Windows.

IBM juga memaklumkan, hanya 5% sahaja perkerja mereka yang menggunakan Mac mendapatkan bantuan teknikal berbanding pengguna Windows yang 40% lebih banyak  meminta bantuan teknikal untuk komputer mereka.

Ketika ini IBM menggunakan lebih daripada 290 ribu komputer  Apple Macintosh dalam organisasinya sejak diperkenalkan program Mac@IBM dalam tahun 2015 dahulu.

Sejak bermula program itu, IBM mula memasang sebanyak 1,900 komputer Macintosh setiap minggu kepada para pekerja mereka yang memilih untuk menggunakan Mac.

Pada persidangan JNUC Oktober 2016 dahulu, IBM melaporkan mereka mereka berjaya menjimatkan kos pemilikan bagi setiap unit Mac antara USD273 hingga USD543.00 (bergantung pada model).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here