Masalah Mac anda tidak berfungsi dengan baik dan lembap terhegeh-hegeh masih belum selesai ke? Masalah perisian, aplikasi dan tabiat anda sendiri sudah pun ariffmac terangkan sebelum ini dalam 4 sebab Mac anda slow terhegeh-hegeh…bahagian 1 dan bahagian 2.

Jadi kalau Mac tu masih lagi lembab terhegeh-hegeh, mungkin ia berpunca daripada masalah Mac OSX itu sendiri.

1. Mac OSX ketinggalan zaman

640px-Imac-g4-20inch_02
iMac G4 dengan Mac OSX Leopard

Foto oleh Marcus Rowland

Bergantung kepada komputer Mac zaman mana yang anda gunakan. Kalau anda masih menggunakan iMac G5 atau Powerbook G4, memang lembablah sebab tu zaman tok kadok punya komputer Apple. Lagi pun ia menggunakan Mac OSX yang sudah tidak lagi dikemaskini oleh pihak Apple. Kalau anda menggunakan komputer Apple yang baru pula, pastikan Mac OSX sentiasa dikemaskini dengan sistem terbaru dari Apple.

2. Mac OSX  atau firmware rosak

Apabila berlaku kerosakan pada sistem operasi Mac, memang jadi tak betullah sistem tu. Kalau dah teruk sangat, anda perlu memasukkan semula Mac OSX anda (reinstall). Tetapi apa pula firmware? Firmware adalah satu perisian yang direka khas bagi sesebuah perkakasan. Ia merupakan kombinasi bagaikan irama dan lagu bagi perisian dan perkakasan. Kalau (firmware) tu bermasalah, maka perkakasan tu tidak akan berfungsi dengan betul.

Bagi membetulkannya, anda perlu restore semula firmware komputer anda. Tetapi ini jarang-jarang berlaku. Biasanya pihak Apple sendiri akan memuat naik fail kemaskini bagi firmware yang bermasalah. Ataupun anda juga boleh ke https://support.apple.com/en-us/HT201692 bagi mendapatkan maklumat dan cara bagaimana untuk restore semula firmware Mac anda sendiri.

3. Permission Conflicts

Macam mana nak terangkan benda ni…permission conflicts ni maksudnya dalam sistem Mac OSX, setiap fail dan folder mempunyai tugasan yang telah ditetapkan oleh sistem Mac OSX tersebut. Tetapi kadang-kadang tu berlakunya percanggahan atau perselisihan tugasan oleh fail-fail sistem tersebut (macam laki bini lah). Terutamanya apabila anda memasukkan sesuatu aplikasi/perisian yang baru (ni macam tambah bini).

Onyx system files permissions

Untuk mengesan masalah ini, anda boleh menggunakan Disk Utility (Application-Utilities) atau apikasi Onyx untuk menyelesaikan masalah permission conflicts ini. Kalau anda rasa Mac OSX atau aplikasi yang dibuka tu lambat semacam, ini adalah antara penyebab utamanya.

4. Spotlight Indexing

Spotlight

Spotlight merupakan satu cara untuk anda mencari sesuatu fail di dalam Mac anda. Shortcut untuk aktifkannya adalah Command+Spacebar. Sportlight akan mula bermasalah apabila proses indexing memakan masa yang terlampau lama atau  tidak selesai-selesai. Ia disebabkan oleh kemungkinan terdapat fail atau folder bermasalah di dalam Mac anda.

Onyx-Spotlight index
Onyx boleh membetulkan semula Spotlight index Mac anda

5. Preferences Files rosak

Setiap kali anda mengubah atau menetapkan (setting) sesuatu pada sesebuah aplikasi (contohnya Photoshop) untuk disesuaikan dengan gaya penggunaan anda, setiap setting tersebut akan disimpan di dalam Preferences Files ni. Ia terletak di -/Library/Preferences/. Kadang-kadang akan ada fail di dalam Preferences Files ini akan rosak. Jadi cara untuk mengesannya adalah dengan melakukan imbasan menggunakan aplikasi CleanMyMac3.

CleanMyMac3 GUI
Aplikasi CleanMyMac3

Aplikasi CleanMyMac3 mampu mengesan dan membuang Preferences Files dan pelbagai lagi data yang mungkin rosak.

6. Notifications tahap melampau

Notifications memang bagus, anda akan sentiasa dikemaskini dengan pelbagai perkara, cerita dongeng, harga minyak naik/turun dan macam-macam lagi. Tapi kalau dah melampau sangat banyak notifications tu, memang jadi slow lah Mac anda.

System Preferences-Notifications

Oleh itu anda bolehlah tutup notifications yang tak berapa nak penting tu sekarang.

7. System Preference Panes

System Preferences
System Preferences

Dalam System Preference, terdapat menu-menu yang membolehkan anda melakukan setting bagi sesetengah aplikasi pihak ketiga (third party) seperti Java, Flash dan lain-lain (bergantung kepada aplikasi yang anda masukkan). Tetapi anda boleh membuang menu-menu yang tidak digunakan. 🙂

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here