Facebook

Foto-foto pengguna didedahkan menerusi aplikasi pihak ketiga yang menggunakan akaun Facebook.

Antara 13 hingga 25 Sepetember lalu, Facebook mengakui terdapat pepijat yang telah mendedahkan foto-foto pengguna mereka. 

Pihak Facebook memberitahu kepada laman Techcrunch bahawa , sebanyak 6.8 juta pengguna telah terdedah akibat daripada pepijat tersebut yang mana ia telah melibatkan sebanyak 1500 aplikasi pihak ketiga yang menggunakan akaun Facebook untuk log masuk.

Malah sebelum ini dalam bulan yang sama juga, pihak Facebook juga berdepan dengan pencerobohan keselamatan data di mana ia telah menyebabkan hampir 50 juta profail pengguna Facebook telah terdedah kepada penggodam.

Facebook juga pada awal tahun 2018 turut terpalit dengan skandal Cambridge Analytica iaitu pendedahan dan perkongsian data yang melibatkan lebih daripada 50 juta data pengguna Facebook telah disalah guna khusus bagi membantu kemenangan Presiden Amerika Donald Trump dalam pilihan raya 2016 yang lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here