Image Capture

Pepijat yang didakwa boleh menyebabkan data kosong memenuhi storan Mac.

Pembangun aplikasi NeoFinder baru-baru ini melaporkan, penemuan pepijat di dalam aplikasi Image Capture. Pepijat dalam aplikasi itu didakwa menyebabkan ruang storan Mac dipenuhi dengan data kosong.

By pure chance, we have discovered a very disturbing bug recently that is able to quickly fill your macOS volumes with empty data.” NeoFinder

NeoFinder dalam blog mereka menjelaskan, apabila pengguna menyambungkan peranti iPhone atau iPad ke Mac mereka dan menggunakan aplikasi Image Capture bagi memindahkan foto, pengguna akan diberi pilihan untuk menukar foto berformat HEIC kepada JPG.

Ia juga memerlukan pengguna menanda pilihan ‘Keep Original‘ untuk peranti iOS pada tetapan Image Capture macOS seperti rajah di bawah.

Image Capture.app. Kredit: NeoFinder

Dari situ, Image Capture akan mula menukarkan format fail foto HEIF itu kepada JPG apabila ia dipindahkan ke dalam Mac anda.

Walaubagaimanapun ketika proses itu berlaku, ia turut mencipta 1.5MB data kosong bagi setiap foto yang dipindahkan.

NeoFinder menyatakan, penemuan pepijat ini dibuat ketika mereka sedang melakukan penambahbaikan pada ciri suntingan metadata di dalam aplikasi NeoFinder.

Rupa data kosong yang dicipta oleh pepijat Image Capture di dalam macOS.Kredit: NeoFinder

Walaupun data yang dicipta itu kecil, tetapi jika melibatkan banyak foto yang dipindahkan, maka akan banyak jugalah data kosong yang turut dicipta dalam storan Mac.

Bayangkan jika 1000 foto dipindahkan dari iPhone ke dalam Mac, pepijat ini juga akan turut mencipta data kosong bersaiz 1.5GB. Sekaligus membebankan pengguna Mac dengan storan yang kecil.

Susulan daripada penemuan pepijat ini, pihak pembangun aplikasi NeoFinder telah menghubungi pihak Apple bagi memaklumkan isu tersebut. Versi macOS yang terjejas dengan pepijat ini adalah dari versi 10.14.6 hinggalah yang terbaru, macOS 10.15.4.

Isu pepijat ini dijangka hanya akan diperbetulkan dalam kemas kini macOS akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here