Facetime

Kemaskini bagi membaik pulih pepijat FaceTime akan dilepaskan pada minggu hadapan.

Selepas heboh dengan isu pepijat FaceTime, Apple secara terbuka telah membuat permohonan maaf kepada para pengguna mereka yang terjejas dengan isu ini.

Pepijat Facetime itu telah menyebabkan pengguna yang tidak menjawab panggilan video tersebut turut dapat mendengar perbualan atau lebih teruk sehingga dapat menonton perbualan video yang berlaku dalam panggilan video berkumpulan tersebut, tanpa disedari oleh pihak yang sedang berada dalam kumpulan panggilan video yang sedang berlangsung.

Video di bawah yang disediakan oleh Macrumors akan memberikan penerangan yang lebih jelas tentang isu pepijat FaceTime ini.

Apple juga mengucapkan terima kasih

Selain memohon maaf, pihak Apple juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga Thompson iaitu ibu dan anak yang telah menemui pepijat Facetime tersebut.

Apple juga memaklumkan yang mereka akan menambah baik proses membuat laporan bagi memudahkan pengguna mereka melaporkan sebarang kecacatan yang ditemui dalam ekosistem produk-produk Apple.

Ia merupakan tindakan susulan selepas pihak keluarga Thompson melaporkan bahawa mereka amat kecewa kerana amat sukar untuk mendapatkan respon segera dari pihak Apple setelah laporan penemuan pepijat tersebut dibuat kepada pihak Apple.

Kemaskini akan dilepaskan pada minggu hadapan

Selain permohonan maaf kepada para pengguna yang terjejas dan ucapan penghargaan terima kasih kepada keluarga Thompson, pihak jurucakap Apple juga memaklumkan, kemaskini bagi membaik pulih ciri FaceTime hanya akan dilepaskan pada minggu hadapan.

Pihak Apple juga berkata…

“We take the security of our products extremely seriously and we are committed to continuing to earn the trust Apple customers place in us.”

Sungguhpun demikian, Apple kini telah berdepan dengan pemfailan saman dari para pengguna mereka berikutan pepijat FaceTime ini.

Sumber artikel: Independent

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here