Xhelper tetap berada di dalam peranti Android walau selepas dibuang.

Penyelidik dan pembangun keselamatan peranti pintar, Symantec mendedahkan terdapat satu perisian hasad degil yang dikenali sebagai Xhelper aktif menjangkiti pengguna peranti Android sejak 6 bulan lalu.

Menurut Symantec, setakat ini Xhelper dipercayai telah menjangkiti lebih daripada 45,000 peranti Android setakat Oktober ini. Tetapi jumlah tersebut terus meningkat pada jumlah purata 131 peranti dijangkiti perisian hasad tersebut setiap hari.

Apa yang lebih memburukkan keadaan adalah Xhelper didapati tidak boleh dibuang dari peranti yang sudah dijangkiti.

Ia disahkan oleh pihak Symantec dan Malwarebyte yang menjelaskan, apabila sesebuah peranti Android sudah dijangkiti Xhelper, perisian hasad tersebut akan tetap memasang kembali secara sendiri ke dalam peranti tersebut.

It is able reinstall itself after users uninstall it and is designed to stay hidden by not appearing on the system’s launcher.” Symantec.

Kredit: PCSecurity

Malwarebyets menjelaskan, Xhelper berada dalam 2 variasi iaitu full-stealth dan semi-stealth.

The full-stealth version avoids creating an app icon or shortcut icon, but it hides almost all traces of its existence otherwise. There are no icons created in notifications. The only evidence of its presence is a simple xhelper listing in the app info section.” Malwarebytes

Peranti yang telah dijangkiti Xhelper akan kerap kali memaparkan iklan-iklan tidak berkenaan, notifikasi spam serta akan kerap meminta mangsa memasang aplikasi tertentu. Sekaligus memperoleh komisyen dan mengaut keuntungan mudah.

Oleh itu, penyelidik menasihatkan pengguna supaya sentiasa memastikan peranti dikemas kini, memuat turun aplikasi dari laman stor sah sahaja dan berkan perhatian terhadap permintaan aplikasi yang mahu mengakses peranti Android mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here