Harga bidaan dibuka pada nilai USD25,000.

Sebuah poster animasi Pixar dengan watak Woody dan Buzz Lightyear dari filem animasi Toy Story telah berjaya dijual pada harga USD31,250.00.

Menjadikan poster tersebut istimewa adalah kerana di atasnya turut mengandungi tandatangan asli oleh pemilik Pixar pada waktu itu iaitu Steve Jobs.

Toy Story poster signed by Steve Jobs
Toy Story merupakan filem animasi pertama yang dihasilkan komputer sepenuhnya. Kredit: Nate D. Sanders Auctions

Poster yang bersaiz 24×36 inci itu telah dilelong oleh Nate D. Sanders Auctions dengan harga bidaan bermula dari USD25,000.00.

Lelongan bagi poster tersebut telah ditutup pada 29 Ogos 2019 dan berjaya dijual pada harga USD31,250.00.

Sedikit kisah pendek di sebalik pembikinan filem Toy Story.

Steve Jobs pernah mencadangkan kepada para eksekutif Apple supaya membeli sebuah syarikat komputer grafik milik LucasFilm yang terletak di California ketika beliau masih bersama Apple.

Tetapi cadangannya itu tidak diendahkan.

These guys were way ahead of us on graphics, way ahead”…. I just knew in my bones that this is going to be very important“. Steve Jobs.

Akhirnya, Steve Jobs membeli syarikat yang dikenali sebagai Pixar itu secara tunai pada tahun 1985 dari George Lucas hanya pada harga USD5 juta selepas tidak lama beliau keluar dari Apple.

Ketika itu pada masa yang sama juga beliau sedang membangunkan syarikat komputer NEXT.

Pada awal tahun 1990, keadaan Pixar terumbang-ambing. Sumber kewangan mereka juga sangat terhad.

Sekitar tahun itu jugalah Pixar menerusi Steve Jobs berusaha mendapatkan persetujuan dari pihak Disney untuk menerbitkan filem animasi 3D pertama mereka.

Steve Jobs tidak terlibat dalam memberi input terhadap plot pembangunan filem itu.

Sebaliknya Lasseter (Pengarah filem Toy Story), Andrew Stanton, Pete Docter dan Joe Ranft bekerjasama menghasilkan skrip bagi filem itu.

Mereka juga mendapat bantuan penulis luar termasuklah penulis yang bernama Joss Whedon, yang kemudiannya menjadi pencipta siri drama tv popular Buffy the Vampire Slayer serta sebagai pengarah filem The Avengers pada tahun 2012.

Namun begitu, Steve Jobs yang turut dibantu oleh seorang lagi tokoh penting dalam Pixar bernama Ed Catmull merupakan individu yang berusaha keras memastikan projek filem Toy Story terus berjalan dan mendapatkan sumber kewangan dari Disney.

Usaha keras pasukan Pixar dalam pembangunan filem Toy Story adalah antara detik penting yang mempengaruhi Steve Jobs.

Lasseter menjelaskan “Watching our collaboration, seeing us make ourselves better by working together, I think that fueled Steve. I think that was one of the key changes when he went back to Apple. He was more open to the talent of others, to be inspired by and challenged by that talent, but also to the idea of inspiring them to do amazing things he knew he couldn’t do himself“.

Dipendekkan cerita, filem Toy Story yang mula ditayangkan pada tahun 1995 telah berjaya menjadi filem animasi ‘blockbuster’ pada ketika itu.

Filem tersebut berjaya membuat kutipan sebanyak USD361 juta dari tayangan di pawagam di seluruh dunia .

Toy Story merupakan salah satu produk penting yang telah mengembalikan semula keyakinan Sreve Jobs. Bermula dari situ jugalah beliau mula memikirkan kembali syarikat lamanya di Cupertino….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here